Selasa, 26 April 2011

Tutorial 2 : Analisis Kesalahan Bahasa

Baca betul-betul arahan menjawab soalan yang diberikan.

PASTIKAN ANDA BERBINCANG DALAM KUMPULAN.

Arahan :
Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan  di bawah
Setiap kesalahan jelaskan sebab kesalahan (analisis)
buat pembetulan


Kerajaan mahu meningkatkan produktiviti pekerja tempatan dan daya saing negara bagi mengelakkan bergantung kepada tenaga murah buruh asing dalam tempoh jangka panjang. Pengurangan pergantungan kepada pekerja asing boleh dilakukan menerusi penggunaan mesin pengeluaran canggih, selain tenaga pekerja berkemahiran tinggi. Dengan cara ini, daya saing negara akan meningkat dan ia dapat menarik kira-kira 100 000 rakyat tempatan berkemahiran tinggi yang bekerja di Singapura kembali berkhidmat dalam negara.

Penggantungan kepada pekerja asing bukan jangka panjang. Kita mahu daya saing negara bergantung pada produktiviti pekerja tempatan. Ketika ini lebih sejuta pekerja asing bekerja dalam pelbagai sektor, terutama warga Indonesia, Myanmar, Filipina dan India.

Nota: emailkan jawapan anda. Sertakan nama ahli kumpulan.
sumber: ADABI GAYAPOS

Tiada ulasan: