Rabu, 25 Julai 2012


PEMARKAHAN BAHAGIAN C : PEMBACAAN KRITIS DAN ANALITIS
1.       Soalan 1: dikemukakan soalan sama ada bertanyakan maksud frasa, ayat, kata atau perenggan dalam teks

2.       Soalan 2: Soalan berkaitan isu/isi dalam petikan; mengenal pasti idea atau mesej penulis.

3.       Soalan 3: Berfokus isu utama dalam teks tetapi jawapan mestilah dari luar teks yang relevan dengan kandungan teks:

Markah untuk soalan 3 seperti berikut:

Isi           = 15 markah
              Bahasa  =   5 markah

Jumlah  = 20 markah

MARKAH PENUH ISI BERSERTA HURAIAN LENGKAP = 5 MARKAH
             JUMLAH ISI YANG DIPERLUKAN; 3 ISI BESERTA DENGAN HURAIAN (3 X 5=15)

             a)      PEMARKAHAN ASPEK ISI

MARKAH
KRITERIA
2
·         Tepat dan Relevan
1
·         Kurang tepat

            b)       PEMARKAHAN HURAIAN

MARKAH
KRITERIA
3
·         Relevan atau berfokus kepada isi
2
·         Masih relevan tetapi kurang berfokus kepada isi
1
·         Kurang relevan dan kurang berfokus kepada isi

                 Nota:
i.                     Satu isi, dua huraian        = 4 markah
ii.                   Satu isi, satu huraian       = 3 markah                                    
iii.                  Satu isi, tiada huraian     = 2 markah
iv.                 Isi tidak lengkap/Huraian sahaja (isi lemah) = 1 markah
        
    Nota: (i-iv tidak berdasarkan teks)

v.                   Isi dan Huraian sepenuhnya daripada teks   = 1 markah
vi.                 Keutamaan diberikan untuk  isi dari luar teks, yang relevan dengan kandungan teks.
vii.                Penandaan secara analitikal; iaitu untuk mengenal pasti kebolehan calon memberikan
              isi yang tepat.

 c)       BAHASA

Tahap
Markah
Kriteria
Amat Baik
5
·         Penggunaan bahasa lancar dan berkesan
·         Tiada kesalahan sintaksis
Baik
4
·         Penggunaan bahasa lanvar dan berkesan
·         Terdapat 1 hingga 3 kesalahan sintaksis
Sederhana
3
·         Penggunaan bahasa masih baik
·         Terdapat 3 hingga 4 keslahan sintaksis
Lemah
2
·         Penggunaan bahasa tidak lancer
·         Terdapat 5 hingga 6 kesalahan sintaksis
Amat lemah
1
·         Penggunaan bahasa amat tidak lancer
·         Terdapat lebih daripada 6 kesalahan sintaksis

 4.       Calon perlu menjawab semua soalan dengan menggunakan ayat yang lengkap


Sumber : MPM

PENUTUP KARANGAN/ ESEI

Bahagian penutup atau kesimpulan karangan merupakan aspek struktur pelengkap yang wajib ada dalam sesebuah karangan/esei. Pelajar tidak boleh mengabaikan bahagian ini. Ibarat tubuh tanpa kaki; jelas tidak sempurna dan tidak menarik. Namun, tidak semua pelajar boleh menghasilkan sebuah karangan/esei yang mempunyai penutup atau kesimpulan yang terancang sehingga gagal memberi kesan yang menarik, tepat dan mantap. Pastinya tidak menyumbang markah penuh. Lebih parah lagi ada kalangan pelajar yang gagal mengemukakan atau menulis bahagian penutup atau kesimpulan, selalunya diberi alasan tidak cukup masa.

Kegagalan pelajar mengolah dengan baik dan tidak menggunakan struktur yang berkesinambungan menyebabkan penutup/kesimpulan lemah dan kurang menarik. Malah, pelajar ‘malu-malu’ untuk menggunakan peribahasa dan ungkapan yang menarik dalam perenggan penutup/kesimpulan ini. Pelajar harus kreatif untuk menggambarkan kematangan dalam karangan/esei tersebut.

 MEMBINA PENUTUP/KESIMPULAN YANG BAIK

(Penyata Kesimpulan(PK), Huraian(Apa dan kesan), Harapan(Peribahasa),  Kebaikan)

Contoh 1:

Kesimpulannya, masalah jenayah perlulah ditangani oleh pihak berkuasa dengan kerjasama orang awam atau anggota masyarakat. (PK) Pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen secara besar-besaran tentang perlunya pembanterasan jenayah dan manfaatnya kepada masyarakat. (Huraian – Apa yang perlu dibuat) Hal ini demikian kerana, jika masalah jenayah tidak dibanteras sudah tentu perkara ini akan menyebabkan orang awam akan sentiasa berasa terancam dan keselamatan diri tidak terjamin. (Huraian – kesannya) Jadi, sebelum nasi menjadi bubur, kita berharap agar masalah ini dapat ditangani dengan berkesan supaya tidak menjadi ancaman besar kepada masyarakat. (Peribahasa/harapan) Sekiranya hal ini dapat menjadi kenyataan, sudah pastilah masyarakat dan negara  amnya akan bebas daripada kejadian jenayah. (Kebaikan).


Catatan: Penanda wacana untuk memulakan perenggan kesimpulan, elakkan menggunakan diksi yang tidak jelas atau kurang tepat makna sebenarnya dalam konteks bahasa Melayu, seperti 'konklusinya' sebab perkataan ini asalnya daripada bahasa Inggeris.