Isnin, 11 April 2011

BAHAGIAN D (soalan 8)

sambungan....

Menurut saya bahagian ini sangat menuntut pelajar menguasai kertas 1 dibawah tajuk ejaan,  sintaksis, diksi,  morfologi dan wacana dengan baik sekali. Sekiranya anda kurang menguasai terutama binaan ayat, pembentukan kata serta golongan kata akan menyukarkan pelajar menjawab bahagian D ini. Saya selalu mengingatkan pelajar bahawa kemahiran kertas 1 dan kertas 2 sangat berkait rapat.
Bahagian D memerlukan pelajar mengenal pasti kesalahan yang ada dalam petikan yang diberikan (lazimnya satu perenggan saja). berdasarkan temuan itu anda dikehendaki menerangkan/menjelaskan sebab kesalahan. Di sini memerlukan anda membuat analisis berdasarkan jenis kesalahannya. Tidak digalakkan pelajar menjawab secara umum, tetapi perlu nyatakan secara tepat, misalnya jika kesalahan pada ayat berikut; "Jamil senyum memandang Milah". Jawapan lemah sekiranya pelajar menyatakan sebab kesalahan; kesalahan imbuhan. Jawapan itu tidak ada penjelasan,umum sahaja.Contoh jawaban yang sesuai; memerlukan imbuhan 'ter' pada kata senyum yang merupakan kata kerja tak transitif. Kemudian pelajar perlu membuat pembetulan yang tepat. Sebaik-baiknya jawapan hendaklah dibuat dalam jadual (table).
Sebagai tambahan lazimnya terdapat 5-6 kesalahan dalam teks yang diberikan. jenis-jenis kesalahan bolehlah pelajar merujuk edaran nota yang telah diberikan dalam kelas sebelum ini.

Tiada ulasan: