Khamis, 28 April 2011

LATAR BELAKANG PELAKU DAN MANGSA GANGGUAN SEKSUAL

sambungan...

Berdasarkan satu kajian yang telah dibuat oleh Jabatan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 2004 telah mengemukakan latar belakang pelaku dan mangsa seperti berikut:


Pelaku :
  1. Lelaki
  2. Kebanyakan lelaki berpotensi menjadi pelaku
  3. Kalangan duda dilihat kurang terlibat sebagai pelaku
  4. Kajian menunjukkan lelaki yang berpendidikan tahap SPM banyak terlibat berbanding mereka yang berkelulusan SRP/PMR, STPM, Diploma dan Ijazah.
  5. Rakan sebaya
  6. Seorang yang sukakan kebebasan
  7. Memiliki keinginan mencurahkan simpati,  kasih sayang dan suka membantu
  8. Gemar dengan kerja secara bekerjasama dan berstruktur
  9. Seorang yang bermotivasi dan suka bersaing
Mangsa :
  1. Wanita
  2. Berumur kurang 30 tahun dan masih bujang
  3. Kalangan wanita berstatus janda kurang menjadi mangsa
  4. Berpendidikan diploma dan lebih tinggi
  5. Suka menerima arahan
  6. Selesa dipimpin dan bukam memimpin
  7. Tidak suka terlibat secara emosi dengan orang lain
  8. Bermotivasi rendah dan tidak kisah dengan kedudukan
Walau bagimanapun dapatan kajian tersebut masih boleh dibuat penelitian yang lebih mendalam lagi. Namun sebagai individu kita sebaiknya menilai adakah situasi ini  berlaku kepada diri atau memang wujud di tempat kerja kita.

Tiada ulasan: