Selasa, 5 April 2011

BM KERTAS 2 - Kongsi idea

Pelajar Pra-U semestinya sudah maklum subjek Bahasa Melayu (BM) ada dua kertas iaitu kertas 1 dan kertas 2. Oleh kerana selama ini (sejak 1998) saya diamanahkan membimbing pelajar T6 waktu itu khusus BM kertas 2, maka sudah pasti melalui ruang ini saya hanya akan berkongsi ilmu dan pengetahuan sedia ada dalam pengajaran dan pembelajaran kertas 2 sahaja.
Secara jujurnya, maklumat dan apa saja berkaitan BM2 tidaklah semata bersumberkan apa yang ada dalam kotak fikiran saya...tidak. Saya akan mencari sumber-sumber daripada internet (blog guru BM seantero Nusantara), rakan-rakan pensyarah T6, buku-buku rujukan yang 'berlambak' di kedai buku dan apa juga sumber yang 'bisa' dicapai. Insyaallah.
Untuk pertamanya kita kongsi maklumat asas BM2:

Terkandung kepada empat (4) bahagian : (100 markah penuh)
Bahagian A : Karangan ; menawarkan 50 markah
                    - empat soalan (berformat/tidak berformat): Pilih satu soalan sahaja.
Bahagian B : Rumusan ; menawarkan 20 markah
                    - satu soalan sahaja (tiada pilihan-jawab sajalah)
Bahagian C : Alih Bahasa / Alih Bentuk Teks ; menawarkan 15 markah
                     - dua soalan (berbeza laras): pilih satu sahaja-pilih yang betul-betul anda kuasai
Bahagian D : Analisis Kesalahan Bahasa ; menawarkan 15 markah
                     - satu soalan (petikan)

Bermakna anda hanya perlu jawab EMPAT soalan sahaja. Pilih satu soalan dalam Bahagian A, mana-mana soalan yang betul-betul anda kuasai isu dan maklumat berkaitannya, wajib jawab Bahagian B (no 5), pilih soalan 6 atau 7 (juga yang anda betul-betul faham) dan Jawablah soalan no 8. Jangan jawab lebih, ingat kata orang dulu-dulu "orang tamak selalunya rugi"...ya! anda akan rugi. Apa lagi sekiranya anda jawab kurang...lagilah ruginya.
Tempoh masa yang diperuntukkan untuk menjawab BM2?
Sudah termaktup: 3 jam sahaja! tak lama...
Pembahagian masa setiap bahagian pula berapa lama ya??
Sebenarnya, berdasarkan rujukan mengambarkan wujud berbezaan agihan masa untuk setiap bahagian itu. Walaupun begitu, anda perlu anda perlu biasakan dengan pembahagian masa yang wajar untuk setiap bahagian. Jika tidak anda akan 'kewalahan'. Ada buku yang mencadangkan 1 jam 15 minit untuk Bahagian A, 45 minit Bahagian B, dan 30 minit untuk setiap Bahagian C dan D. Pembahagian masa itu sudah termasuk masa untuk membuat semakan dan 'baik-pulih' jawapan anda.

Perkongsian ilmu akan bersambung...

1 ulasan:

Milyus berkata...

Tahniah di atas bahan yang bermutu... semoga blog ini akan memberikan maklumat yang tidak ternilai untuk semua pembacanya