Khamis, 14 April 2011

PEMANASAN GLOBAL : MANA BUKTINYA

"DUNIA HARI INI KITA PINJAM DARIPADA GENERASI AKAN DATANG"

Pelepasan karbon monoksida dan pelbagai kimia ke udara menjadi punca berlakunya pemanasan global (global warming) ini. Manusialah yang yang bertanggungjawab "melepaskan" bahan kimia itu ke udara sama ada secara sengaja ataupun tanpa kita sedari. Manusialah yang menebang pokok (pembalakan), kerja mengondolkan segala bukit-bukau atas alasan pembangunan yang turut menyumbangkan kepada masalah air sungai kuning pekat dan berkelodak, malah kawasan tadahan hujan juga semakin rakus diteroka. Malah disesetengah negara banyak kilang dan logi tenaga yang melepaskan gas beracun itu ke udara.

Bukti kesan pemanasan global:

1. Perubahan cuaca yang semakin mengganas
Corak curahan hujan berubah-ubah tanpa dapat diduga sehingga menyebabkan banjir di satu tempat, tetapi kekeringan di tempat lain, malah berlaku banjir di kawasan yang tidak pernah berlaku. Malah tahun ini (2011) kekerapan berlaku banjir yang disebabkan curahan hujan berpanjangan berlaku di Malaysia dan beberapa negara lain. Di sesetengah negara seperti di China, Thailand dan Australia berlaku banjir besar yang luar biasa sehingga menyebabkan kemusnahan ladang tanaman dan ternakan juga ramai mangsa yang terkorban

2. Berlaku pencairan ais di kutub utara dan kutub selatan
Percaya atau tidak para pakar meramalkan ais di kutub akan hilang (cair) menjelang 2040-2100. Bukti juga menyatakan ais di Greenland telah mencair sehingga 19 juta tan. Dalam tahun 2008 sebuah bongkah ais seluas 414 kilometer persegi di Antartika telah pecah runtuh. Bongkah ais ini dikatakan telah wujud sejak 1500 tahun yang lampau. Menurut ilmuan peneliti ais yang dikenali Wilkins Ice Shelf itu sangat jarang runtuh. Walhal, Antartika di kutub selatan sebenarnya jauh lebih dingin berbanding kutub utara. Menurut andaian pengkaji juga ais di kubut utara akan mencair lenyap menjelang akhir musim panas tahun 2012.

3. Berlaku juga peningkatan paras air laut

Akibat pencairan ais di kutub utara dan selatan memberi impak buruk kepada dunia seluruhnya. Seluruh pantai, pelabuhan dan daratan rendah di seluruh dunia akan tenggelam jika hanya ais di Greenland habis mencair, menyebabkan paras laut meningkat sehingga 7 meter. Bererti banjir besar akan melanda di mana-mana sahaja, memusnahkan sebahagian besar kehidupan di dunia ini kerana hampir seluruh dunia manusia membina kehidupan dipinggir pantai. Cuba bayangkan.
gambar hiasan: kediaman mereka ini akan tenggelam

4. Suhu panas semakin ekstrim
Dalam tahun 2007 Amerika Syarikat menerima kejutan yang luar biasa apabila suhu meningkat secara luar biasa. Di Daerah St. George, Utah suhu telah mencecah sehingga 48° celcius. Malah di Daerah Death Valley di California malah sempat mencatat suhu 53° Celcius!. Kalau dibandingkan di negara kita hanya paling-paling 37-39 darjah sahaja.

Berdasarkan rekod lalu, pada tahun 2003,  Eropah Selatan juga pernah mendapat serangan gelombang panas hebat yang mengakibatkan tidak kurang dari 35.000 orang meninggal dunia dengan korban terbanyak di Perancis mencecah 14.802 orang. Perancis merupakan negara dengan  terbanyak terkorban karena  penduduk dan pemerintah setempat tidak membuat persediaan rapi menghadapi fenomena gelombang panas sebesar itu. Negara-negara lainnya termasuklah Britian, Itali, Portugal, Sepanyol, dan negara-negara Eropah lainnya. Gelombang panas ini juga menyebabkan kekeringan parah dan kemusnahan tanaman di Eropah.
gambar hiasan

Tiada ulasan: