Isnin, 29 Oktober 2012



PEMBAHAGIAN MASA UNTUK KERTAS 2 BAHASA MELAYU STPM...susah sangat ke!
Walaupun dalam kelas sudah beberapa kali saya beri panduan pembahagian masa untuk menjawab kertas 2, namun untuk mengukuhkan lagi maklumat yang saya berikan dikelas, di sini saya kongsikan maklumat yang ditulis oleh blog ustazkenali untuk rujukan para pelajar yang masih tertanya-tanya nak bahagikan masa untuk menjawab selama 3 jam itu. Sedikit panduan oleh ustazkenali tentang penulisan karangan/esei yang baik dan lengkap.
 
Untuk skor A
Kertas 1 anda kena mendapat sekurang-kurangnya 45 daripada 60 markah
Kertas 2 anda kena mendapat sekurang-kurangnya 65 daripada 100 markah

Kertas 2
1. Bahagian A: Karangan ( Pilih satu soalan sahaja; Soalan 1, 2, 3, dan 4 ) skor anda 35/50
2. Bahagian B: Rumusan ( Soalan 5 ) skor anda 12/20
3. Bahagian C: Alih Bentuk Teks ( Soalan 6 atau Solan 7 ) skor anda 6/15
4. Bahagian D: Analisis Kesalahan Bahasa ( Soalan 8 ) skor anda 10/15

* Bahagian D bergantung kepada Kertas 1

Pengurusan masa menjawab
1. Jawab soalan karangan dulu; masa 1 jam 30 minit
2. Rumusan ; 45 minit
3. Alih Bentuk Teks; 20 minit
4. Analisis Kesalahan Bahasa; 20 minit
5. Menyemak jawapan.


Bahagian A
1. Binaan karangan mesti ada 3 bahagian
a. Pendahuluan ( 1 Perenggan )
b. Isi ( 5 Perenggan )
c. Penutup ( 1 Perenggan )
2. Jumlah perenggan mesti ada 7 perenggan


* Purata setiap perenggan ada 100 patah perkataan.
* Pastikan Jumalah perkataan yang ditulis di bawah jawapan rumusan dan karangan tepat kerena, “ pemeriksa akan bilang setiap patah perkataan.” Mereka dibayar untuk mengira.


Bagaimana menulis pendahuluan?

1. Memeperkenalkan isi yang dibincangkan oleh soalan.
2. Mengemukan definisi atau konsep secara umum
3. Mengemukakan statistik terkini isu dan buat perbandingan dengan suatu masa dahulu.
4. Mengemukan pendapat tokoh berwibawa ( tempatan, nasional atau antarabangsa )
5. Mengemukan peribahasa yang relavan dengan tajuk.
6. Mengemukakan fokus soalan.

Contoh Soalan Ramalan 2012
1. Pendatang asing
2. Kemalangan Jalan Raya pada musim perayaan
3. Pencemaran sungai

SUMBER ASAL : BLOG USTAZKENALI

Khamis, 4 Oktober 2012

Pembacaan Kritis dan Analitis

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.

Pemberian peruntukan tambahan RM500 juta dalam Belanjawan 2013 untuk mempertingkat kemahiran mengajar dalam kalangan pendidik untuk empat subjek teras, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, amat dialu-alukan. Ia bertujuan mengembangkan kemahiran berfikiran kritis dalam kalangan pelajar oleh guru.

Sehubungan ini, Sejarah yang diangkat menjadi subjek teras dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, perlu turut dimasukkan dalam latihan perguruan ini. Selain subjek wajib, ia antara kurikulum penting yang dapat memupuk asas dan perspektif nasional yang dikongsi bersama.
 Kemahiran berfikir aras tinggi sebagai aspirasi penting dalam PPPM, akan cuba dicapai melalui tiga cara. Pertama, dengan penguasaan kemahiran berfikiran kreatif dan inovatif, pelajar diajar untuk memperoleh kepandaian menjana prospek baharu, selain mencipta gagasan dan pengetahuan baru. Kedua, melalui penguasaan kemahiran menyelesaikan masalah dan menaakul, pelajar dilatih untuk bersedia berdepan dengan sebarang masalah, yang kemudian diselesaikan selepas menaakul dengan kritis dan logik, agar keputusan yang dibuat itu bernas.

Ketiga, melalui penguasaan kemahiran keupayaan belajar, pelajar diasuh untuk memiliki ketangkasan mendorong diri sendiri untuk terus menimba ilmu sepanjang hayat mereka, bagi menjadi warga yang berpengetahuan. Diakui bidang ini tidak dirangkumi dalam sistem pendidikan negara sebelum ini. Justeru, pelajar kita didapati bukan saja tidak mampu menerapkan ilmu yang diperoleh. Tetapi yang lebih mudarat lagi mereka gagal berfikir secara kritis, khususnya dalam konteks akademik baru.
Sehubungan latihan ini, sesetengah pihak meragui kemampuan guru dalam memperoleh kemahiran begini untuk diri mereka sendiri, sebelum disampaikan kepada pelajar. Dalam hal ini, kita harus meyakini keupayaan guru yang sudah memiliki ilmu mengenai bidang pengkhususan masing-masing, selain ilmu pelajar yang berbagai-bagai dari segi kecerdasan dan lain-lain, serta ilmu pedagogi untuk pendidikan yang berkesan.
Apabila setiap kali subjek Sains dan Matematik disentuh dan kali ini dalam konteks pengajaran kemahiran berfikir aras tinggi melalui dua subjek ini, sebahagian daripada masyarakat yang kepingan dan fanatik dengan bahasa Inggeris, menggunakan kesempatan ini untuk cuba mengembalikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang sudah dimansuhkan. Alasan yang sama diberikan dan mereka yang menyokong pemansuhannya pula akan memberi hujah yang sama. Sehubungan ini, sudah tiba masanya PPSMI ini dilupakan dan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dikembangkan.
Dipetik daripada rencana Berita Harian. "Bahasa Melayu mampu sampaikan pemikiran kritis".
 Oleh: Teo Kok Seong
 
 
Jawab semua soalan di bawah
 
1. Jelaskan maksud frasa berikut:
    a. "...mengembangkan kemahiran berfikiran kritis.." (baris 3 dan 4)                                  [2]
    b. "..mendorong diri sendiri untuk terus menimba ilmu sepanjang hayat..."  (baris 15)     [2]
 
2. Berdasarkan petikan jelaskan cara untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi?    [6]
 
3. "...sudah tiba masanya PPSMI ini dilupakan dan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dikembangkan." (baris 30 dan 31)
 
Berikan ulasan anda tentang pendapat ini dengan mengemukakan manfaat-manfaat yang akan diperoleh melalui dasar MBMMBI.                                                                            [20]
Panjang jawapan anda hendaklah tidak melebihi daripada 150 patah perkataan.
 
 
 
Nota: sila dapatkan bimbingan pensyarah anda untuk mendapatkan jawapan yang berkesan.
 
 


Selasa, 2 Oktober 2012

BAHAGIAN B - Kefahaman (Pembacaan Kritis dan Analitis)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.

Kadar kematian kanak-kanak di bawah usia lima tahun berkurangan sejak 20 tahun lalu, kata agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF). Tahun lalu kira-kira 6.9 juta kanak-kanak meninggal dunia sebelum menjelang usia lima tahun,  berbanding 12 juta kematian pada 1990. Hampir 19,000 kanak-kanak di bawah usia itu meninggal dunia setiap hari pada 2011.                                                             
UNICEF berkata, penurunan itu sebahagiannya disebabkan negara miskin kini semakin kaya. Namun, ia juga disebabkan bantuan menepati sasaran seperti menggalakkan penyusuan ibu dan imunisasi penyakit biasa. Kadar penurunan ketara kematian kanak-kanak dicatatkan di negara yang mennerima banyak bantuan luar.
“Jika melihat kepada negara yang menerima hasil  yang terbaik iaitu Republik Demokratik Rakyat Laos, Timur Leste dan Liberia, ketiga-tiganya di tempat teratas, saya rasa di situ menjadi penyumbang paling penting,” kata pengarah UNICEF Britain, David Bull.
Usaha menyasarkan penyakit berjangkit seperti campak mengurangkan kadar kematian secara global daripada 500,000 pada 2000 kepada 100,000 pada 2011. Tahun lalu, separuh daripada kadar kematian kanak-kanak bawah usia lima tahun berlaku di India, Nigeria, Republik Demokratik Congo, Pakistan dan China. Republik Demokratik Congo, Chad, Somalia, Mali Cameroon dan Bukina Faso menyaksikan kematian setiap tahun kanak-kanak pada usia berkenaan meningkat 10,000 atau lebih pada 2011 berbanding 1990.
Hampir keseluruhan daripada 500,000 kematian akibat malaria kanak-kanak bawah umur lima tahun berlaku di Sahara Afrika tahun lalu,” kata agensi itu. UNICEF berkata, konflik menjadi penyumbang utama kematian kanak-kanak, lapan daripada 10 negara dengan kadar kematian tertinggi berdepan konflik atau keadaan tidak selamat.
Di seluruh dunia, lima penyebab utama kematian dalam kalangan kanak-kanak termasuk radang paru-paru dengan 18 peratus, komplikasi kelahiran pramatang (14 peratus), komplikasi ketika kelahiran (9 peratus) dan malaria (7 peratus). UNISEF menjelaskan hampir separuh iaitu 40 peratus kematian dalam kalangan kanak-kanak bawah umur lima tahun berlaku pada 28 hari pertama kehidupan mereka. Pada 2011 saja, ia menyumbang kira-kira tiga juta kematian di seluruh dunia.

 Dipetik daripada Akhbar Berita Harian –Agensi :14 September 2012
Soalan.

 1.    Mengapakah kadar kematian kanak-kanak di beberapa negara miskin semakin menurun?                                                                                                                                                          [4]
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________

2. Berdasarkan petikan jelaskan punca-punca kematian kanak-kanak di bawah umur lima   tahun?                                                                                                                                                               [6]
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________


2.       UNICEF berkata, konflik menjadi penyumbang utama kematian kanak-kanak (baris 23 dan 24).
       Berikan ulasan anda tentang pendapat di atas dengan mengemukakan bukti-bukti yang     sesuai.                                                                                                                                                                                      [20]
Panjang jawapan anda hendaklah tidak lebih daripada 150 patah perkataan.

_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________