Beberapa hari lalu saya telah paparkan tentang pemanasan global. kalau direnung dalam jangka hayat sebahagian kita pasti akan melihat kemusnahan bumi secara total barangkali akan terjelma. Apa yang akan saya kongsi kali ini pula sudah pasti ada hubung kait pemanasan global dengan penipisan ozon. Berlakunya penipisan ozon secara langsung menyumbang kepada fenomena global warming.
Bagaimana penipisan ozon ini boleh terjadi? Kebanyakan kita tahu dan sedar puncanya. Sangat hampir dengan kehidupan kita seharian. Cuba kita lihat senarai aktiviti manusia seharian yang menyumbang kepada penipisan ozon:
- penggunaan pendingin haba : pengeluaran gas CFC
- asap pelbagai kenderaan yang bergerak saban waktu di jalan raya : gas karbon dioksida
- penggunaan penyembur aerosol : gas CFC
- penggunaan baja organik secara berterusan : nitrogen oksida
- pembakaran bahan api fosil : nitrogen dioksida
- gas beracun berpunca daripada ujian senjata nuklear, peperangan (bahan letupan), penggunaan jet supersonik
Senarai di atas bukan sahaja menyebabkan perubahan iklim dunia malah turut menyebabkan masalah kesihatan dan penyakit kepada manusia seperti kanser kulit, ketarak mata, membunuh sistem pelalian manusia dan binatang. Turut terjejas adalah proses fotosintesis tumbuhan berkurang dan memusnahkan sel mikro organisma pada tumbuh-tumbuhan dan banyak lagi impak buruk yang berlaku.
Kesan lain seperti yang dipaparkan dalam topik Pemanasan Global. Sila rujuk ya!
Berdasarkan kajian yang dibuat kejadian ini sebenarnya disumbangkan oleh negara-negara maju dunia hari ini. Namun, kesan buruk turut dirasai oleh penduduk-penduduk di negara-negara miskin di Afrika dan negara pulau kecil di seluruh dunia.
Jadi, sampai bilakah kita menjadi penyumbang kepada kemusnahan bumi dan kehidupannya?
Fakta: lapisan ozon di atmosfera yang semakin menipis membolehkan sinaran ultra ungu menembus sampai ke bumi. Ini telah menyebabkan suhu meningkat seterusnya berlakulah bencana seperti yang kita lihat dan alamai hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan