BAHAGIAN II
KEBEBASAN ASASI
Larangan buangan negeri, dan kebebasan bergerak
9.  (1)   Tiada seorang warga negara pun boleh dibuang negeri atau ditahan 
             daripada masuk ke dalam Persekutuan
       (2)   Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang 
                mengenai keselamatan awam, kesihatan awam atau hukuman bagi 
                pesalah-pesalah, tiap-tiap warganegara adalah berhak bergerak 
                dengan bebasnya di seluruh Persekutuan dan bermastautin di 
                mana-mana bahagiannya.
      (3)    Selagi sesuatu Negeri lain ada dalam kedudukan istimewa di bawah 
               Perlembagaan ini berbanding dengan Negeri Tanah Melayu, 
               Parlimen boleh dengan undang-undang mengenakan sekatan, 
               antara Negeri itu dengan Negeri-negeri yang lain, ke atas hak-hak 
               yang diberi oleh Fasal (2) berkenaan dengan bergerak dan 
               bermastautin.
sumber: Bahan rujukan.
sumber: Bahan rujukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan