Selasa, 5 April 2011

SALAM PEMBUKA

Assalamualaikum, dan salam 1 Malaysia buat anda yang berkesempatan bersama saya melalui blog ini. Sesuai dengan perkembangan dan arus teknologi tanpa batasan ini amat wajar saya ikut terjun dan melayari dunia maya agar kita tidak dikatakan seperti 'katak bawah tempurung'.
Melalui blog ini, dapatlah saya berkongsi maklumat, idea, pengalaman dalam diri ini yang bergelar guru. Sudah pasti perkongsian ini sama ada sesama guru dan anak didik malah tidak terlalu 'angkuh' jika saya katakan kita boleh berkongsi pengalaman mahupun ilmu dengan sesiapa sahaja asal saja dibawah batas/aras pengetahuan diri masing-masing.
Buat para anak didik saya, blog ini diharap boleh membantu saya menyalurkan maklumat pengajaran BM2 STPM khasnya dan penyebaran maklumat kokurikulum secara amnya.
Jika ada saran dan komentar jangan segan dan pura-pura malu...kirim saja. Insyaallah ianya memberi kebaikan kepada kita semua.

Tiada ulasan: