Sudah pasti para pelajar cukup memahami dan mahir tentang format karangan bentuk laporan ini. Hasil tunjuk ajar guru/pensyarah dalam kelas tentunya cukup membantu anda semua. Sebagai bahan rangsangan minda dalam menghadapi peperiksaan pertengahan tahun yang akan bermula tidak berapa hari lagi, sesetengah pelajar gemar mencari dan mengulang baca nota atau bahan sedia ada tetapi dalam bentuk atau paparan yang baru. Jadi di sini marilah kita berkongsi maklumat sedia ada dengan pengetahuan yang semakin mendalam.
Secara ringkas format karangan bentuk laporan:
1. Sebelum merangka jawapan, anda selalunya diingatkan supaya baca dan fahami serta hayati dengan membuat analisis kehendak soalan yang dikemukakan.
- Isu yang perlu dikupas.
- Apa jawatan atau peranan pelapor
- Pelapor mewakili institusi apa
- Ruang lingkup huraian (sebab/punca, langkah/cadangan dan sebagainya)
Tajuk : (mesti menepati kehendak dalam soalan)
1.0 Pendahuluan
- Konsep
- Latar belakang
- Pendapat tokoh
- Statistik
- Isu pokok soalan
- Ayat akhir perenggan pendahuluan : Berikut ialah laporan tersebut.
Pengerusi :
Naib Pengerusi:
Setiausaha : ( Nama SU hendaklah sama dengan nama pelapor)
Bendahari :
Ahli Jawatankuasa : 1.
2.
3. (maksima 3 orang)
3.0 Punca/Faktor (mengikut kehendak soalan)
3.1
3.2
3.3
3.4
4.0 Langkah/Cadangan (mengikut kehendak soalan)
4.1
4.2
4.3
4.4
5.0 Penutup
- Pernyataan semula pokok persoalan
- Menyatakan isi-isi seringkas mungkin
- Pernyataan harapan
Laporan ini disediakan oleh, tarikh
tandatangan
(NAMA: (HURUF BESAR) )
Jawatan:
*************
PERINGATAN:
5 Markah akan ditolak daripada markah isi/kerelevenan sekiranya jawapan tidak mengikut format lengkap.
Jika mana-mana bahagian berikut tidak ada:
- Tajuk (tolak 1 markah)
- Senarai AJK (tolak 1 markah)
- Berikut ialah laporan. (tolah 1 markah)
- Pernomboran (tolak 1 markah)
- Tandatangan / pelapor (tolah 1 markah)
SARANAN BERGUNA UNTUK ANDA:
Sekiranya anda mahukan jawapan yang mantap dan berkesan perkara berikut sepatutnya dimuatkan dalam Pendahuluan, Isi dan Kesimpulan:
- Pendapat tokoh
- Contoh yang tepat
- Peribahasa yang sesuai
- Pernyataan Harapan
Selamat mengulangkaji dan jangan 'segan-segan' untuk bertanyakan pembimbing anda!
Sumber: Berdasarkan pengalaman dan bacaan serta perkongsian akses.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan