Khamis, 19 Mei 2011

ANALISIS KESALAHAN BAHASA

Nota Awal:

Bahagian D merupakan bahagian yang memerlukan kemahiran yang sangat tinggi. Pelajar perlu menganalisis kesalahan yang terdapat dalam petikan. Apa yang pelru pelajar buat ialah:
  • mengenal pasti kesalahan yang ada dalam petikan yang diberikan,
  • setiap kesalahan itu perlu menjelaskan sebab kesalahan, dan
  • menulis jawapan yang betul
Biasanya pelajar disarankan menulis perkara tersebut dalam bentuk jadual seperti di bawah:
<><> <><>
Kesalahan

Sebab Kesalahan

Pembetulan

Ayat 1-

Semua orang-orang...             
Menggandakan perkataan “orang-orang” yang mengikuti kata bilangan jamak iaitu ‘’semua”
Semua orang






Lazimnya terdapat 5 - 6 kesalahan dalam petikan tersebut. Mungkin lebih.

JENIS-JENIS KESALAHAN:
 Antaranya:
  1. Kesalahan Ejaan
    • ejaan kata pinjaman (bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa serumpun)
    • ejaan kata majmuk
    • ejaan kata asal bahasa Melayu 
  2. Kesalahan Frasa
    • frasa nama - jamak dan hukum DM
    • frasa adjektif
    • frasa kerja transitif
    • frasa kerja pasif
  3. Kesalahan Ayat
    • ayat tergantung
    • ayat pancangan
    • ayat gabungan
    • susunan ayat
  4. Kesalahan Morfologi
    • Imbuhan
    • Gandaan
    • Kata Tugas
  5. Kesalahan Kata
    • kata ganti diri
    • kata bilangan
    • penjodoh bilangan
    • kata kerja
    • kata sendi
    • kata hubung
    • penggunaan kata yang tidak tepat
  6. Kesalahan Penanda Bacaan
    • noktah
    • noktah bertindih
    • koma
    • tanda sempang, dan lain-lain lagi

Tiada ulasan: