TUTORIAL HUJUNG MINGGU :
MENENTUKAN KUALITI  JAWAPAN ALIH BENTUK TEKS 
Sebagaimana yang telah dipelajari dan bimbingan dalam kelas, dua soalan akan dikemukakan dalam Bahagian C (Soalan Alih Bentuk teks) yang menawarkan 15 markah penuh setiap satunya. Anda hanya perlu menjawab satu soalan sahaja sama ada soalan no 6 atau no 7 berdasarkan bentuk teks mana yang anda betul-betul kuasai. 
Hampir setiap tahun bentuk teks berbeza, tetapi jika kita analisis ada kecenderungan teks-teks tertentu yang agak kerap dikemukakan dalam soalan STPM. Bentuk teks dialog saya lihat menjadi ‘popular’ dalam soalan BM kertas 2 STPM. Tetapi itu bukanlah satu ukuran semestinya begitu. Sebagai pelajar kita tidak boleh terperangkap dengan andaian dan budaya soalan ‘spot’. Oleh itu persiapkan diri dengan berbimbingkan guru/pensyarah supaya anda betul-betul memahami kaedah dan teknik menyampaikan jawapan yang berkesan lagi berkualiti malah menepati taraf kualiti jawapan yang sebenar.
Kita akui tidak semua pelajar mampu ‘menguasai’ semua bentuk teks yang ada dalam sukatan pelajaran itu, contohnya ada pelajar yang tidak memahami teks prosa klasik dengan alasan tidak pernah membaca teks klasik sebelum ini. Tetapi hendak seribu daya...kan. 
Cuba anda analisis tahap kualiti jawapan latihan anda berdasarkan contoh cara pemberian markah untuk Bahagian C seperti di bawah ini:
MARKAH PENILAIAN :
5 markah ISI,
                        10 markah PersembahanPenilaian Isi (5 markah)
Krieria   Jawapan  |    Taraf  |    Markah  |   
Isi tepat, tidak terpesong atau tidak ada isi tertinggal  |    Amat baik  |    5  |   
Isi keseluruhan masih tepat, tetapi sedikit isi/fakta   tertinggal atau kurang tepat  |    Baik  |    4  |   
Keseluruhan isi masih baik, namum sebahagian sahaja   isi/fakta tertinggal  |    Sederhana  |    3  |   
Isi tidak tepat, banyak isi/fakta terpesong  |    Lemah  |    2  |   
Secara keseluruhan ini tidak tepat / sipi / terpesong / tertinggal  |    Amat lemah  |    1  |   
Anda boleh mencuba menyemak jawapan anda. Jawapan anda berada dalam kriteria mana. Sekiranya jawapan anda berada pada tahap markah 3 dan ke bawah, sebaiknya baiki jawapan dengan melengkapkan isi yang menepati teks asal. Berbincangkan dengan rakan-rakan atau dapatkan bimbingan guru anda.
Kriteria   Persembahan Isi  |    Taraf  |    Markah  |   
ü  Jalinan jawapan   kemas ü  Tidak ada   sebarang kesalahan bahasa ü  Bentuk alih   bahasa tepat  |    Amat baik  |    9 – 10  |   
ü  Jalinan jawapan   masih kemas ü  Ada kesalahan   bahasa tetapi tidak serius ü  Bentuk alih   bahasa tepat  |    Baik  |    7 – 8  |   
ü  Jalinan jawapan   kurang kemas ü  Beberapa   kesalahan bahasa tetapi tidak menjejaskan isi jawapan ü  Bentuk alih   bahasa kurang tepat/kurang sesuai  |    Sederhana  |    5 – 6  |   
ü  Jaminan jawapan   kurang kemas ü  Banyak   kesalahan bahasa serius dikesan ü  Bentuk alih   bahasa tidak tepat  |    Lemah  |    3 – 4  |   
ü  Jalinan jawapan   keseluruhan tidak kemas ü  Banyak   kesalahan bahasa yang serius sehingga menjejaskan/merosakkan isi jawapan ü  Bentuk alih   bahasa salah/terpesong  |    Amat lemah  |    1 – 2   |   
Jika  sukar menilai persembahan jawapan anda sebaiknya minta bantuan guru/pensyarah anda.
Catatan:
|       |     
Tiada ulasan:
Catat Ulasan