Selasa, 24 Mei 2011

PEMERDAGANGAN DAN PENYELUDUPAN MANUSIA-TAKRIFAN WIKIPEDIA ENSIKLOPEDIA BEBAS

1. Pemerdagangan manusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pemerdagangan manusia adalah perdagangan dan perniagaan yang melibatkan pergerakan atau migrasi manusia secara haram, termasuk aktiviti buruh secara sah dan secara paksa. Istilah ini digunakan dalam konteks lebih sempit oleh kumpulan advokasi untuk merujuk kepada perekrutan, pengangkutan, perlindungan, atau pengambilan manusia bagi tujuan perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa (termasuk melalui ikatan hutang).

Pengeksploitan pemerdagangan manusia termasuk memaksa orang melakukan pelacuran atau bentuk eksploitasi seks lain, buruh paksa, hamba atau amalan yang sama seperti perhambaan. Bagi kanak-kanak, ekploitasi termasuk untuk tujuan pelacuran, pengambilan anak angkat antarabangsa yang tidak sah, perkahwinan kanak-kanak, atau pengambilan kanak-kanak sebagai tentera, pengemis dan tujuan permainan, atau untuk tujuan kegiatan keagamaan

2. Penyeludupan manusia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Penyeludupan manusia merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada pengangkutan manusia merentasi sempadan antarabangsa ke pintu masuk bukan rasmi negara destinasi bagi banyak tujuan. Selalunya mereka yang diangkut tidak mempunyai dokumen perjalanan sah atau kebenaran untuk memasuki negara destinasi.

Penyeludupan manusia berlaku akibat dari ketidakupayaan sesebuah negara mengawal kawasan darat dan perairan. Biasanya manusia menyeludup dan berhijrah dari negara yang miskin, mundur dan tertutup ke sebuah negara yang maju dan mempunyai potensi ekonomi yang tinggi. Ia satu bentuk pengabdian manusia yang baru.

Penyeludupan manusia terbahagi 3 iaitu sebenar-benarnya diseludup, mereka menyeludup sendiri dan penyeludupan secara sukarela. Ramai wanita asing yang ditangkap atau diselamatkan daripada terlibat dengan pelacuran mendakwa mereka adalah mangsa pengedaran. Ramai yang masuk atas kehendak sendiri untuk mencari pekerjaan

Penyeludupan manusia bukan satu masalah luar biasa di Asia kerana globalisasi membolehkan pergerakan manusia yang lebih melalui migrasi rentas negara yang menyebabkan penyeludupan manusia. Seramai 2.7 juta manusia diseludup di seluruh dunia setiap tahun dan 80% daripadanya membabitkan wanita dan kanak-kanak[

Tiada ulasan: