Ahad, 12 Februari 2012

MENJAWAB BAHASA MELAYU KERTAS 2 (910/10) STPM

Perkongsian kali ini merupakan catatan ringkas yang saya buat semasa menghadiri satu sesi ceramah teknik menjawab Bahasa Melayu kertas 2.

KARANGAN:

Pendahuluan (3 markah) : peringkat kebangsaan pun susah dapat 3 markah.
Isi (15 markah ) : sekurang-kurangnya 5 isi (3x5=15)
Kesimpulan (3 markah) : pun susah mahu dapat 3 markah.

Jumlah perkataan : ikut kehendak soalan. sekiranya panjang karangan yang dikehendaki 700 patah perkataan, maka perkataan yang ke 700 adalah perkataan terakhir.

Pendahuluan: (3 markah)

Pendahuluan boleh dimulakan dan diolah menggunakan pendekatan/jenis yang berikut:

  1. Definisi/konsep
  2. Petikan/ucapan tokoh
  3. Fakta (sumber buku/jurnal)
  4. Peribahasa/pantun
  5. kaitkan dengan pernyataan/kehendak soalan
  6. Situasi/gambaran peristiwa/berita
kemudian disusuli dengan huraian/contoh dan sebaiknya diakhiri perenggan itu dengan kesimpulan kecil yang menunjukkan adanya kesinambungan dengan perenggan kedua (isi 1).