
Dalam Buletin ICT terbitan Jun 2003, telah menyenaraikan sebelas kepentingan dan kemudahan internet kepada kita, antaranya:
- Perkhidmatan komunikasi elektronik: Secara mudah dan pantas untuk menggunakan mel-elektronik (e-mail) sama ada untuk mengirim atau menerima mesej daripada seluruh dunia. Melalui hotmail dan yahoo kita boleh menggunakan email secara percuma,
- Perbankan elektronik: Internet banking kebelakangan ini sangat popular digunakan. Pengguna boleh membuat transaksi, membuat pembayaran bil, semakan akaun dan sebagainya. Kita tidak perlu lagi berbaris atau duduk menunggu giliran utuk urusan tersebut. Pelanggan hanya perlu melayari laman web bank berkenaan dan mengikuti langkah-langkah yang diminta.
- Peluang pendidikan global: Pelajar dan murid-murid serta guru boleh mendapatkan akses bahan dan sumber P&P dengan hanya melayari portal pendidikan yang disediakan. Di samping itu sumber untuk kajian dan tugasan juga boleh diperolehi melalui perpustakaan elektronik. Pengajian secara online dan jarak jauh juga boleh dijalankan dengan mana-mana universiti dalam dan luar negara.
- Perniagaan dan pelaburan/menanam modal
Kepentingan lain internet ialah:
- Penyebaran maklumat secara meluas dan dinamik
- Memberi perkhidmatan aplikasi capaian seperti google, yahoo dan Alta Vista
- Pemindahan fail dengan mudah dan laju
Tiada ulasan:
Catat Ulasan