Ahad, 7 Ogos 2011

BULAN KEMERDEKAAN

Hayatilah Kisah Kemerdekaan Negara Kita...


Wahai Anak Didik Bangsa

Jangan direnung bulan yang tinggi
Jangan digapai bintang di langit
Jangan di kejar awan berlalu
Jangan di cari angin berhembus

Tak semudah yang kita sangka
Semuanya tinggi
Tak nampak dek mata

Jangan percaya akan janji mereka
Walau apa yang dikata
Cukuplah kita apa yang ada
Bertambah jika biarlah berpada

Jangan luka yang kita pinta
Sampai segala hilang percaya
Dek lara kitapun alpa
Berarak kita minta segala
Maruah bangsa kita perkuda
Kerna janji entah apa-apa

Bagusnya kita kekal merdeka...


Sebuah coretan selokarasa Cikgubung buat anak didik bangsa....

Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara Kita.

1 ulasan:

Aki berkata...

Hi Cikgu.. si Rexs ni.. Wah,cikgu pun ada blog ah.. Hm,sayangnya kalau orang tida tau ni page cikgu.. Banyak betul isi-isi berguna sini tau..