Selasa, 26 Julai 2011

UNSUR DALAM PERENGGAN KARANGAN

Agak lama tidak post bahan untuk semakan dan rujukan pelajar dan mereka yang suka akses maklumat melalui blog atau internet umumnya. 'Kelamaan' tersebut menyebabkan saya 'kelupaan' pula akan kata laluan untuk sign in blog sendiri. Alhamdulillah segalanya dah ok.

Untuk kali ini saya ingin berkongsi pula berkaitan tajuk di atas hasil rujukan dan bacaan beberapa buah buku. Diharapkan ini boleh membantu para pelajar untuk meningkatkan lagi pemahaman dan kemahiran membina dan mengembangkan  perenggan isi.

Dapat saya permudahkan pemahaman unsur binaan yang sepatutnya ada dalam perenggan isi sesebuah karangan. Unsur tersebut ialah:
  1. Isi utama/isi pokok : merupakan ayat topik yang ditulis diawal setiap perenggan isi. Mendasari suatu batas huraian atau pembicaraan tentang tajuk.
  2. Penguraian isi utama : merupakan ayat sokongan yang menerangkan atau menjelaskan secara lebih berfokus tentang isi pokok. Ini bolehlah dianggap sebagai ayat sokongan utama yang lebih khusus
  3. Penghujahan/pembuktian : Huraian ayat sokongan seharusnya didokong dengan suatu hujah atau bukti dan fakta yang jelas dan tepat. Hujah ini boleh berupa contoh dan statistik. Sebaiknya berdasarkan sumber yang diketahui umum (spt: surat khabar atau majalah). Ayat-ayat ini lebih dilihat sebagai usaha untuk mengembangkan gagasan idea dalam isi utama di atas.
  4. Kesimpulan kecil : Boleh jadi gambaran penutup tentang apa yang dihuraikan dalam perenggan tersebut, atau meringkaskan hujahan yang dikemukakan sebelumnya, atau juga memberi idea penyelesaian kepada isu yang dihuraikan dalam perenggan tersebut. Yang penting juga kesimpulan ini mewujudkan gambaran adanya kesinambungan dengan perenggan seterusnya.

Tiada ulasan: