Ahad, 3 Julai 2011

"Kita semua" dan "Demi untuk"

Unsur Kelewahan

Kelewahan membawa maksud keadaan yang berlebih-lebihan (Kamus Dewan:edisi keempat). memberi gambaran bahawa kita sering mengambarkan sesuatu dengan hal yang sebenarnya tidak perlu. Sifat ini (kelewahan dalam berbahasa) menurut Datuk Dr. Nik Safiah Karim merupakan kesukaan orang Melayu. Kita suka menegaskan lagi apa yang ingin kita sampaikan supaya orang lain lebih memahaminya atau hendak menggambarkan bahawa sesuatu itu hebat, sangat luar biasa.

"Kita semua" juga sering kita gunakan dalam percakapan, ceramah atau dalam mesyuarat. "Kita" ialah kata ganti nama orang pertama yang telah membawa maksud jamak. Oleh itu tidak perlu lagi ditambah perkataan "semua". cukup dengan "kita". Oleh sebab itu "semua" dalam "kita semua" dianggap lewah.

Begitu juga dengan "demi untuk". Kita biasa mendengar perkataan itu diungkapkan tanpa merasakan sebenarnya salah dari sudut pemakaian bahasa. Perkataan "demi" dan "untuk" membawa makna yang sama. cukup salah satunya kita gunakan untuk mengelak berlakunya unsur lewah dalam percakapan dan penulisan.

Tiada ulasan: