Pemberian
peruntukan tambahan RM500 juta dalam Belanjawan 2013 untuk mempertingkat
kemahiran mengajar dalam kalangan pendidik untuk empat subjek teras, iaitu
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, amat dialu-alukan. Ia
bertujuan mengembangkan kemahiran berfikiran kritis dalam kalangan pelajar oleh
guru.
Sehubungan
ini, Sejarah yang diangkat menjadi subjek teras dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, perlu turut dimasukkan dalam latihan
perguruan ini. Selain subjek wajib, ia antara kurikulum penting yang dapat
memupuk asas dan perspektif nasional yang dikongsi bersama.
Ketiga, melalui penguasaan kemahiran keupayaan belajar, pelajar diasuh untuk memiliki ketangkasan mendorong diri sendiri untuk terus menimba ilmu sepanjang hayat mereka, bagi menjadi warga yang berpengetahuan. Diakui bidang ini tidak dirangkumi dalam sistem pendidikan negara sebelum ini. Justeru, pelajar kita didapati bukan saja tidak mampu menerapkan ilmu yang diperoleh. Tetapi yang lebih mudarat lagi mereka gagal berfikir secara kritis, khususnya dalam konteks akademik baru.
Sehubungan latihan ini,
sesetengah pihak meragui kemampuan guru dalam memperoleh kemahiran begini untuk
diri mereka sendiri, sebelum disampaikan kepada pelajar. Dalam hal ini, kita
harus meyakini keupayaan guru yang sudah memiliki ilmu mengenai bidang
pengkhususan masing-masing, selain ilmu pelajar yang berbagai-bagai dari segi
kecerdasan dan lain-lain, serta ilmu pedagogi untuk pendidikan yang berkesan.
Apabila setiap kali subjek
Sains dan Matematik disentuh dan kali ini dalam konteks pengajaran kemahiran
berfikir aras tinggi melalui dua subjek ini, sebahagian daripada masyarakat
yang kepingan dan fanatik dengan bahasa Inggeris, menggunakan kesempatan ini
untuk cuba mengembalikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) yang sudah dimansuhkan. Alasan yang sama diberikan dan
mereka yang menyokong pemansuhannya pula akan memberi hujah yang sama. Sehubungan
ini, sudah tiba masanya PPSMI ini dilupakan dan Dasar Memartabatkan Bahasa
Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dikembangkan.
Dipetik daripada rencana Berita Harian. "Bahasa Melayu mampu sampaikan pemikiran kritis".
Oleh: Teo Kok Seong
Jawab semua soalan di bawah
1. Jelaskan maksud frasa berikut:
a. "...mengembangkan kemahiran berfikiran kritis.." (baris 3 dan 4) [2]
b. "..mendorong diri sendiri untuk terus menimba ilmu sepanjang hayat..." (baris 15) [2]
2. Berdasarkan petikan jelaskan cara untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi? [6]
3. "...sudah tiba masanya PPSMI ini dilupakan dan Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dikembangkan." (baris 30 dan 31)
Berikan ulasan anda tentang pendapat ini dengan mengemukakan manfaat-manfaat yang akan diperoleh melalui dasar MBMMBI. [20]
Panjang jawapan anda hendaklah tidak melebihi daripada 150 patah perkataan.
Nota: sila dapatkan bimbingan pensyarah anda untuk mendapatkan jawapan yang berkesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan