Selasa, 2 Oktober 2012

BAHAGIAN B - Kefahaman (Pembacaan Kritis dan Analitis)


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab semua soalan.

Kadar kematian kanak-kanak di bawah usia lima tahun berkurangan sejak 20 tahun lalu, kata agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF). Tahun lalu kira-kira 6.9 juta kanak-kanak meninggal dunia sebelum menjelang usia lima tahun,  berbanding 12 juta kematian pada 1990. Hampir 19,000 kanak-kanak di bawah usia itu meninggal dunia setiap hari pada 2011.                                                             
UNICEF berkata, penurunan itu sebahagiannya disebabkan negara miskin kini semakin kaya. Namun, ia juga disebabkan bantuan menepati sasaran seperti menggalakkan penyusuan ibu dan imunisasi penyakit biasa. Kadar penurunan ketara kematian kanak-kanak dicatatkan di negara yang mennerima banyak bantuan luar.
“Jika melihat kepada negara yang menerima hasil  yang terbaik iaitu Republik Demokratik Rakyat Laos, Timur Leste dan Liberia, ketiga-tiganya di tempat teratas, saya rasa di situ menjadi penyumbang paling penting,” kata pengarah UNICEF Britain, David Bull.
Usaha menyasarkan penyakit berjangkit seperti campak mengurangkan kadar kematian secara global daripada 500,000 pada 2000 kepada 100,000 pada 2011. Tahun lalu, separuh daripada kadar kematian kanak-kanak bawah usia lima tahun berlaku di India, Nigeria, Republik Demokratik Congo, Pakistan dan China. Republik Demokratik Congo, Chad, Somalia, Mali Cameroon dan Bukina Faso menyaksikan kematian setiap tahun kanak-kanak pada usia berkenaan meningkat 10,000 atau lebih pada 2011 berbanding 1990.
Hampir keseluruhan daripada 500,000 kematian akibat malaria kanak-kanak bawah umur lima tahun berlaku di Sahara Afrika tahun lalu,” kata agensi itu. UNICEF berkata, konflik menjadi penyumbang utama kematian kanak-kanak, lapan daripada 10 negara dengan kadar kematian tertinggi berdepan konflik atau keadaan tidak selamat.
Di seluruh dunia, lima penyebab utama kematian dalam kalangan kanak-kanak termasuk radang paru-paru dengan 18 peratus, komplikasi kelahiran pramatang (14 peratus), komplikasi ketika kelahiran (9 peratus) dan malaria (7 peratus). UNISEF menjelaskan hampir separuh iaitu 40 peratus kematian dalam kalangan kanak-kanak bawah umur lima tahun berlaku pada 28 hari pertama kehidupan mereka. Pada 2011 saja, ia menyumbang kira-kira tiga juta kematian di seluruh dunia.

 Dipetik daripada Akhbar Berita Harian –Agensi :14 September 2012
Soalan.

 1.    Mengapakah kadar kematian kanak-kanak di beberapa negara miskin semakin menurun?                                                                                                                                                          [4]
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________

2. Berdasarkan petikan jelaskan punca-punca kematian kanak-kanak di bawah umur lima   tahun?                                                                                                                                                               [6]
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________


2.       UNICEF berkata, konflik menjadi penyumbang utama kematian kanak-kanak (baris 23 dan 24).
       Berikan ulasan anda tentang pendapat di atas dengan mengemukakan bukti-bukti yang     sesuai.                                                                                                                                                                                      [20]
Panjang jawapan anda hendaklah tidak lebih daripada 150 patah perkataan.

_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________

Tiada ulasan: