SISTEM MODULAR STPM BAHARU
Minggu orentasi pelajar pra U: Bersediakah mereka dengan modul baharu ini? Setiap pelajar perlu menyiapkan komponen PBS. Cabaran baharu kepada pensyarah juga lah ya!!
Di sini ada maklumat yang boleh dikongsi bersama berkaitan sistem modular tersebut yang saya dapatkan daripada laman web berkenaan. SILAKAN BACA DAN FAHAMI!
Kerja Kursus
Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu.
2. Objektif Tujuan kerja kursus ini diadakan adalah untuk menilai dan memperkukuh kebolehan dan keupayaan calon dalam
(a) memahami dan mengaplikasi pengetahuan dan sistem bahasa Melayu
(b) menerapkan dan mengaplikasi domain kemahiran insaniah dalam mata pelajaran ini (c) menerapkan kesedaran calon bahawa pembelajaran mata pelajaran ini adalah berasaskan pembelajaran sepanjang penggal
(d) mengaplikasi pembelajaran dengan kaedah, teknik, dan strategi yang
ilmiah seperti dengan memperoleh ilmu melalui sumber kajian, pengumpulan maklumat daripada pelbagai sumber, dan menyampaikan dapatan dan maklumat dalam bentuk komunikasi yang teratur, jelas, dan sahih.
3. Kerja kursus Penggal Kedua –
Penulisan Esei Berformat
1. Pelajar dikehendaki menyediakan esei berformat secara individu.
2. Guru hendaklah menyediakan tajuk soalan esei berformat kepada pelajar.
3. Pelajar dikehendaki menulis sekurang-kurangnya tujuh esei, iaitu satu esei bagi setiap format. Ketujuh-tujuh esei tersebut
hendaklah disemak dan markah purata akan dihantar
kepada MPM.
4. Pelajar dikehendaki menulis esei berformat dalam waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P) Bahasa Melayu.
4 Kerja kursus Penggal Ketiga – Penulisan Esei Ilmiah
2. Setiap ahli dalam kumpulan
dikehendaki membuat pembentangan selama lima
minit. Lima minit lagi diperuntukkan untuk sesi soal jawab bagi setiap kumpulan.
3. Bagi calon persendirian individu, esei ilmiah dihasilkan dan dibentangkan secara individu.
4. Dalam sesi soal jawab, satu
soalan daripada guru dan dua soalan daripada pelajar hendaklah dibuka kepada semua
ahli kumpulan untuk dijawab.
5. Calon digalakkan untuk menggunakan alat bantu yang sesuai, seperti power point, LCD, OHP, atau lain-lain untuk memaparkan isi penting pembentangan.
6. Calon tidak dibenarkan membaca
keseluruhan teks daripada hasil kajian.
7. Semangat kerja berpasukan
hendaklah jelas kelihatan semasa membuat pembentangan.
8. Markah penuh pembentangan sebanyak 50 markah diberikan untuk aspek kerelevanan, kelancaran,
keterampilan, kebahasaan, dan penggunaan alat bantu. Wajarannya ialah 40%. Pemberian markah kepada setiap individu adalah berdasarkan prestasi
pembentangannya.
9. Markah penuh penulisan esei sebanyak 50 markah diberikan untuk tajuk kajian, senarai kandungan, penghargaan, pendahuluan, objektif kajian, kaedah kajian, dapatan kajian, rumusan kajian, lampiran, dan bibliografi/rujukan. Wajarannya ialah 60%. Setiap ahli kumpulan diberikan markah yang sama bagi penulisan esei yang dihasilkan.
Sumber : Sukatan Pelajaran Sistem Modular Bahasa Melayu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan