Sampel Soalan
Bahagian
B
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian jawab semua soalan.
Sebagai
negara membangun, Malaysia sebenarnya telah banyak menghasil dan mengeluarkan
pelbagai barangan serta produk sendiri. Mungkin sudah tiba masanya bagi rakyat kita
tidak lagi mengagungkan barangan luar. Sebabnya, barangan keluaran tempatan
kini sudah setanding dengan produk luar dari segi kualitinya, malahan
sesetengah produk keluaran negara kita dijamin lebih baik lagi. Dalam
menghadapi cabaran globalisasi, kita perlu mengikis sikap ego yang sememangnya pun tidak
menguntungkan. Demikian juga sikap prejudis memandang rendah barangan tempatan,
ia perlu dibuang jauh dari sudut pemikiran kita dan sebaliknya membina semangat
“Malaysia Boleh” dari serba-serbi, termasuk soal kualiti dan standard barangan
sendiri.
Tindakan
yang penting sebenarnya ialah perubahan dari segi mentaliti dan sikap orang
kita sendiri, untuk beralih kepada barangan tempatan. Dengan mengutamakan
barangan tempatan, ia membawa manfaat serampang dua mata kepada pelbagai pihak.
Pertama, ia akan mengelak aliran keluar wang negara ini. Kedua, ia menggalakkan
pembangunan industri tempatan yang berkaitan untuk menghasilkan produk lebih
berkualiti dan berdaya saing.
Rakyat
dan pengguna tempatan tidak diberikan maklumat lengkap serta tidak tahu mana
satu barangan buatan tempatan atau diimport bagi memudahkan mereka membuat
pilihan. Langkah yang dicadangkan di atas dapat membantu kerajaan menggalakkan
rakyat membeli barang buatan tempatan, serta kurang bergantung kepada produk
import. Cara seterusnya, rakyat perlu
mengubah tabiat berbelanja. Tabiat pembaziran dan berbelanja melebihi kemampuan
pendapatan dalam kalangan rakyat negara ini yang turut menyumbang kepada
penurunan ringgit disebabkan merek mudah memperolehi kemudahan kredit.
Pihak
media perlu bersedia membantu kerajaan dalam usaha membangunkan semangat
pembelian barangan buatan Malaysia daripada segi mengadakan halaman khas untuk
berita-berita yang berkaitan barangan buatan malaysia. Usaha mengadakan Kempen
Beli Barangan Malaysia haruslah diadakan secara berterusan. Ini akan dapat
memperkenalkan barangan buatan Malaysia kepada seluruh rakyat dan sebagai usaha
untuk membantu merangsang ekonomi negara. Kempen ini harus dijalankan sepanjang
tahun dengan promosi untuk semua jenis barang buatan Malaysia.Pegawai kerajaan yang bertugas dalam agensi-agensi yang berkaitan pengeluaran, promosi dan pemasaran barangan buatan Malaysia perlu memberi perhatian serius kepada tugas mereka dan bukan sekadar bekerja melepaskan batuk di tangga.
Kesimpulannya,
tabiat rakyat dan pemimpin perlu diubah. Adalah malang bagi kita jika kita
mendewa-dewakan barangan dari luar sedangkan barangan tersebut ada di negara
kita. Jika bukan kita rakyat Malaysia yang mengutamakan dan memilih barangan
buatan tempatan, siapa lagi?
(Dipetik dan diubahsuai daripada
laman web Pusat Maklumat Rakyat)
1.
Jelaskan maksud frasa
b. ...bukan
sekadar bekerja melepaskan batuk di tangga ( baris 31) [ 2 ]
2.
Apakah mesej yang mahu
disampaikan oleh penulis melalui petikan di atas [ 6 ]
3.
“...membina semangat
“Malaysia Boleh” dari serba serbi” ( baris 8 )
Beri ulasan anda
tentang pendapat ini dengan mengemukakan bukti-bukti yang sesuai.
Panjang jawapan
anda hendaklah tidak lebik daripada 150 patah perkataan [20 ]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan