INDUSTRI
PELANCONGAN
DAN PERHOTELAN HIJAU
Pelancongan berkonsepkan ‘Hijau’
member peluang kepada pelancong domestik dan manca negara meneroka landskap
semulajadi Malaysia untk menikmati udara bersih dan melihat kepelbagaian
hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan. Pelancongan hijau merupakan sub-sektor
industry pelancongan yang paling pesat berkembang di serata dunia. Begitu juga
dengan eko-pelancongan yang menjadi bentuk pelancongan yang pesat berkembang di
negara ini dan menyumbang sebanyak 10% daripada pendapatan sector pelancongan
negara.
gambar hiasan
Malaysia dikurniakan dengan
pulau-pulau dan kawasan terumbu karang yang cantik. Ramai pelancong asing
datang untuk menyaksikan dan menikmati keindahan semulajadi dan melakukan
aktiviti snorkelling. Hasil daripada
permintaan yang tinggi, jumlah kunjungan pelancong melebihi kapasiti muatan.
Aktiviti rekreasi manusia dan juga faktor cuaca (28°-30°
c) telah menyumbang kepada kelunturan karang. Kesan ini amat ketara apabila
Jabatan Laut Malaysia telah menutup beberapa kawasan pulau taman laut.
Penutupan ini telah dibuat pada 2 Julai sehingga 31 Oktober 2010, berikutan
kelunturan karang yang mencapai tahap 60 hingga 90% (The Star, 2010). Penutupan sembilan lokasi penyelaman di Pulau
Tioman dan Pulau Redang merupakan amaran awal kepada semua pihak berkepentingan
untuk memainkan peranan dalam mengurangkan tekanan pada ekosistem laut yang
rapuh. Penutupan itu merupakan salah satu usaha pemuliharaan batu karang di
kawasan berkenaan.
Menurut laporan EcoMalaysia
(2010) beberapa kawasan eko-pelancongan di Malysia menunjukkan tanda-tanda
penggunaan berlebihan:
·
Wang Kelian di Perlis (batu kapur, gua-gua dan
hutan)
·
Kenyir di Terengganu (tasik, aktiviti berperahu,
trekking dan memancing)
·
Pulau kukup di Johor (mangrove, kehdupan liar
dan makanan laut)
·
Lower Kinabatangan Sungai di Sabah (monyet
belalai dan kehidupan liar)
·
Pulau Redang di Terengganu (ikan, terumbu karang
dan persekitaran laut yang menarik)
·
Pulau Sipadan di Sabah (ikan, terumbu
karang dan persekitaran laut menarik)
Istilah hotel hijau (green-hotel)
juga seringkali digunakan. Ini menggambarkan hotel yang berusaha untuk menjadi
lebih mesra alam melalui kecekapan penggunaan tenaga, air dan bahan-bahan mesra
alam disamping memberikan perkhidmatan yang berkualiti (Alexander, 2002).
Sebanyak 10 hotel di Malaysia telah diiktiraf sebagai Hotel Hijau. Hotel dan
resort yang diiktiraf sebagai “Green Leaf Hotel” telah Berjaya mengurangkan
penggunaan tenaga sebanyak 20%, air 10%, kertas 10% dan sampah 20%.
Kepelbagaian alam sekeliling
merupakan sumber asas pelancongan, di mana tanpa perlindungan, daya tarikan
pelancongan akan hilang begitu sahaja. Pengusaha industry pelancongan dan
perhotelan hijau yang bertanggungjawab perlu memelihara dan memulihara alam
sekitar dengan menyimpan air, mengurangkan penggunaan tenaga dan mengurangkan
sisa pepejal untuk menjamin peningkatan kualiti hidup generasi akan datang.
Sumber bahan: Majalah
EraHijau-terbitan Jabatan Alam Sekitar Malaysia