ROGOL: FAKTA YANG WAJAR PELAJAR TAHU UNTUK ISI ESEI/PENULISAN
Pagi tadi semasa saya membaca berita dalam akhbar Berita Harian on line, terdapat satu tulisan yang menarik untuk saya baca. memang menarik dan saya fikir juga fakta ini boleh dijadikan bahan isi penulisan esei oleh pelajar. Ini fakta baharu dan amat relevan sekiranya ada esei berkaitan jenayah rogol atau isu yang berkaitan dengan perkara tersebut.
Baju dalam kalis rogol dicipta
2013/04/04
– Berita Harian
Pakaian dalam dihasilkan
penuntut kejuruteraan India didakwa mampu menghalang jenayah seksual itu.
New Delhi: Sekumpulan penuntut kejuruteraan di India
mencipta baju dalam antirogol yang didakwa mampu menghalang jenayah rogol dan
serangan seksual lain.
Baju dalam perlindungan itu dicipta untuk mengalirkan sehingga 82 kejutan elektrik kepada bakal penjenayah apabila pengesan tekanan pada bahan itu mengesan sebarang jenis paksaan.
Baju dalam perlindungan itu dicipta untuk mengalirkan sehingga 82 kejutan elektrik kepada bakal penjenayah apabila pengesan tekanan pada bahan itu mengesan sebarang jenis paksaan.
Pakaian dalam yang dibantu teknologi itu, dinamakan
sebagai Society Harnessing Equipment (SHE), juga boleh memberi amaran kepada
polis, keluarga atau rakan, menerusi sistem pengesanan global (GPS) yang
dipasang.
“Pakaian dalam dengan sistem pengesanan global, sistem global bagi komunikasi
telefon bimbit (GSM) dan pengesan tekanan mampu mengalirkan arus kejutan
sehingga 3,800 kilovolt selain memberi amaran kepada ibu bapa dan polis.
“Penjenayah yang cuba mencabul gadis akan menerima kejutan dalam hidupnya sebaik pengesan tekanan diaktifkan manakala modul GPS dan GSM akan menghantar pesanan kepada nombor kecemasan India selain kepada ibu bapa mangsa,” kata Manisha Mohan, yang membantu membangunkan produk itu kepada Times of India. - AGENSI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan