Rabu, 28 Mac 2012

ASAL USUL KALENDAR

Artikel tentang asal usul kalender ini saya salin dari akhbar Berita Harian yang ditulis oleh Rohaniza Idris.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

SETIAP tahun, apabila Disember ditinggalkan, muncul Januari yang menandakan bermulanya tahun baru. Semua ini sudah ditempuhi manusia sejak beratus-ratus tahun lalu iaitu apabila kalendar pertama wujud.
Namun, masih ramai yang tidak tahu sejarah dan perkembangan kalendar. Ini mungkin kerana topik ini bukanlah sesuatu yang penting untuk diambil tahu, lebih-lebih lagi penetapan tarikh adalah perkara rutin dalam kehidupan harian.
Namun, sebelum memahami mengenai kalendar atau takwim ini, definisi kalendar itu perlu diketahui. Secara umumnya, kalendar atau takwim adalah satu sistem pengiraan masa menggunakan hari dan bulan.

Tarikh sesuatu hari itu biasanya ditentukan berpandukan kepada objek astronomi seperti matahari atau bulan. Takwim juga adalah satu objek nyata yang menjelaskan sistem itu.

Takwim atau kalendar boleh dibahagikan mengikut objek astronomi Kalendar Suria (Solar), Kalendar Qamari atau Lunar (Bulan) serta Kalendar Lunisolar (bulan dan matahari). Kalendar Suria adalah berpandukan matahari semata-mata, iaitu mengikut perubahan musim. Contohnya, Kalendar Gregorian dan Kalendar Julian. Kalendar Lunar atau Qamari berpandukan bulan semata-mata iaitu mengikut fasa bulan. Contohnya ialah Takwim Hijrah manakala Kalendar Lunisolar pula mengikut kedua-dua bulan dan matahari - contohnya Kalendar Cina.

Dilaporkan, kalendar pertama yang wujud di dunia ini adalah kira-kira 4,000 tahun Sebelum Masihi oleh masyarakat Mesir purba. Orang-orang Mesir purba menggunakan kalendar dengan 12 bulan 30 hari, untuk jumlah 360 hari untuk setiap tahun dicampur lima hari tambahan pada akhir tahun. Manakala minggu bagi setiap bulan adalah tiga minggu sepuluh hari.

Penentuan kalendar Mesir ini berdasarkan kiraan tahun solar iaitu 3,651/4 hari, namun tidak mempunyai hari lompat setiap empat tahun untuk mengambil kira hari pecahan (cara yang kita lakukan sekarang dalam kalendar Gregorian), mereka membiarkan hari satu perempat terkumpul.

Bermaksud, ada tahun yang mempunyai hari yang lebih berbanding tahun yang lain mengikut pilihan mereka. Mereka tidak meletakkan Hari Lompat pada bulan tertentu, sebaliknya dipilih dalam mana-mana bulan yang disukai dengan syarat setiap empat tahun sekali.

Dalam sistem kalendar kini, hampir semua negara mengikut kaedah sama iaitu merujuk kepada kalendar Gregorian yang diubah berdasarkan kalendar Julian yang mana 97 tahun daripada setiap 400 tahun menyelitkan 29 hari pada Februari.

Jika ditanya kaedah atau kalendar mana paling sempurna, setiap satu mempunyai perbezaan mengikut saat, minit, jam atau hari. Malah dikatakan Gregorian yang digunakan secara meluas memerlukan perubahan dalam tempoh beberapa ratus tahun akan datang.

Kalendar Gregorian

TAHUN Gregorian bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember. Tahun Gregorian ada 365 hari pada tahun biasa dan 366 hari dalam tahun lompat yang memberi panjang purata 365,2425 hari.

Ini adalah sangat dekat dengan purata 76 tahun kalendar Islam (berdasarkan masa purata antara ekuinoks musim bunga berturut-turut yang kini 365,2424 hari dan meningkat sedikit).

Kalendar Gregorian ini dicadangkan oleh doktor Aloysius Lilius, dari Napoli, Itali dan kemudian mula digunakan Pope Gregory XIII pada 24 Februari 1582. Kalendar ini dicipta kerana Kalendar Julian dinilai kurang tepat, berikutan permulaan musim bunga lebih awal bukan lagi 21 Mac seperti yang dipraktikkan.

Pada awalnya, tidak semua negara mahu menggunakan kalendar ini. Britain mula menerima pakai kalendar ini pada 25 Mac 1752 manakala Russia menggunakannya pada 1918.
Kalendar Islam

KALENDAR Islam atau dikenali sebagai takwim Hijrah atau Takwim Islam pula adalah Kalendar Lunar digunakan di kebanyakan negara Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam.

Kalendar ini berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Dalam takwim Hijrah, ada 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap.

Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula selepas anak bulan (hilal) kelihatan ketika matahari terbenam. Jika hilal tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan itu, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari itu dikira sebagai hari yang ke-30. Pencerapan atau rukyah itu haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya di hadapan pemimpin negara.

Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Kab ibn Murrah, datuk kelima Rasullullah SAW. Peristiwa ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab adalah titik tolak perubahan takwim hijrah yang mana Khalifah Umar mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam.

Dalam perbincangan itu, pendapat 'Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam. Mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam.

Orang Arab menganggap permulaan hari ialah selepas jatuh matahari dan berterusan sehingga jatuh matahari berikutnya, oleh itu malam mendahului siang. Tetapi hari menurut syarak yang diberi definisi oleh fuqaha' dimulai dengan terbit fajar sadiq sehingga jatuh matahari. Pada zaman sekarang, menurut orang Eropah, hari dimulai pada tengah malam dan berterusan sehingga tengah malam berikutnya.

Kalendar Cina

KALENDAR Cina pula mengikut kalendar lunisolar, iaitu sama jenis dengan takwim Ibrani dan kalendar Hindu, yang menggabungkan unsur takwim qamari dengan kalendar solar.

Di negara China sekarang, kalendar Gregorian digunakan untuk kebanyakan kegiatan harian, namun kalendar Cina masih digunakan untuk menanda perayaan orang Cina tradisi seperti Tahun Baru Cina, perayaan Duan Wu dan Perayaan Kuih Bulan.

Sesetengah masyarakat Cina di seluruh dunia percaya dalam bidang astrologi. Mereka menggunakan kalendar ini untuk memilih tarikh sesuai melangsungkan perkahwinan atau merasmikan pembukaan bangunan baru.

Oleh kerana setiap bulan mengikuti satu kitaran bulan, kalendar ini juga digunakan untuk menentukan fasa kitaran bulan. Di China, kalendar tradisional ini dikenali sebagai ‘kalendar pertanian’ manakala kalendar Gregorian dikenali sebagai ‘kalendar umum’ atau ‘kalendar Barat’.

Kalendar Julian

KALENDAR Julian diperkenalkan pada tahun 46 SM oleh Julius Caesar dan mula digunakan pada tahun 45 SM. Kalendar ini dipilih selepas perundingan dengan ahli astronomi Sosigenes dari Iskandariah. Ia direka bentuk hampir menyamai tahun tropika yang digunakan sejak zaman Hipparchus lagi.

Tahun Julian merangkumi 365 hari yang dibahagikan kepada 12 bulan dengan satu hari lompat ditambah pada bulan Februari setiap empat tahun. Oleh itu, tahun Julian mempunyai 365.25 hari setiap tahun pada puratanya.

Kalendar ini masih digunakan dalam abad ke-20 di sesetengah negara dan masih terus digunakan oleh kebanyakan gereja Ortodoks hingga hari ini. Kalendar ini digantikan dengan kalendar Gregorian kerana terlalu banyak tarikh lompat yang menyebabkan kekeliruan.


INFO
 
  • Orang Arab menamakan lima bulan dengan nama musim walaupun ia tidak lagi tepat seperti dialami sekarang. Contohnya, Ramadan yang berasal daripada al-Ramada' bermaksud sangat panas, tidak selalunya jatuh pada musim panas. Begitu juga dua Jamad (Jamadilula/Jamadilawal dan Jamadilakhir) tidak selalunya jatuh pada musim sejuk walaupun Jamad bermaksud beku.

    Muharam pula dinamakan demikian kerana salah satu bulan yang diharamkan berperang. Manakala Safar pula ertinya kosong, kerana isi negeri menjadi kosong disebabkan penduduknya keluar berperang selepas Muharam.

    Rabiulawal dan Rabiulakhir dinamakan demikian kerana kedua-duanya jatuh pada musim bunga (Rabi') waktu nama itu diberikan. Rejab pula ertinya bulan yang dihormati kerana mereka menghormatinya dengan meninggalkan peperangan. Sehubungan itu, ia termasuk di dalam salah satu bulan haram.

    Syaaban (bercabang) pula mendapat namanya kerana kabilah-kabilah Arab berpecah dan bercabang untuk berperang selepas duduk diam pada bulan Rejab. Dinamakan bulan Syawal kerana pada bulan itu unta mengangkat ekornya kerana hendak mengawan, berasal daripada akar kata syala (mengangkat).

    Zulkaedah ertinya duduk, iaitu bulan yang mereka duduk di rumah tanpa peperangan. Zulhijjah pula diambil namanya daripada perkataan hajj (bulan Haji).
  • Perbezaan jarak antara tahun Hijrah dengan tahun Masihi ialah 622 tahun, tetapi jarak perbezaan ini semakin berkurangan sedikit demi sedikit. Ini kerana setahun Hijrah qamariyah mengandungi 354 hari, 8 jam, 48 minit, dan 36 saat. Sedangkan setahun Masihi shamsiyah mengandungi 365 hari, 6 jam, 9 minit dan 9.5 saat dan perbezaan keduanya ialah 10, 11 atau 12 hari dalam setahun, iaitu terpulang sama ada salah satu atau kedua-duanya tahun kabisah. Dengan kiraan ini jelaslah bahawa setiap 33 tahun Hijriyah lebih kurang sama dengan 32 tahun Masihi. Oleh itu tahun Hijrah dan tahun Masihi akan bertemu atau sama harinya pada setiap lebih kurang 33 tahun sekali.

Kalendar sudah pupus

  • Kalendar Aztec
  • Takwim Maya
  • Takwim Positivist
  • Kalendar Gregorian pertama kali digunakan di Itali, Poland, Portugal dan Sepanyol pada 1582.
  • Kalendar Gregorian mempunyai pusingan 400 tahun dan menariknya 29 Februari 2008 jatuh pada Jumaat, hari sama pada 29 Februari 2408.
  • Orang Arab sebelum Islam menggunakan tahun Qamariyah sejak zaman dulu. Namun, mereka hanya merekodkan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada masa itu. Umpamanya, tarikh pembinaan Kaabah pada zaman Nabi Ibrahim dan Isma'il pada 1855 SM. Manakala tahun Gajah iaitu tahun yang paling masyhur bersamaan dengan tahun 571 M.
  • Selepas wujudnya negara Islam, tahun Qamariyah masih diteruskan tetapi tidak ditetapkan tahun-tahunnya. Oleh itu, kaum muslimin memberi nama tahun-tahun itu dengan nama peristiwa besar yang terjadi. Antaranya ialah tahun pertama (Tahun al-Izn) iaitu izin hijrah dari Makkah ke Madinah, tahun kedua (Tahun al-Amr) iaitu tahun diperintahkan memerangi kaum musyrikin. Akhirnya tahun kesepuluh yang dikenali sebagai tahun al-Wada' iaitu tahun haji al-Wada' atau haji terakhir yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.

Sumber Asal : Berita Harian
Oleh: Rohaniza Idris
roha@bharian.com.my
2012/01/08


    Isnin, 19 Mac 2012

    Ikut Pesan Guru

    Setiap kali keputusan peperiksaan STPM dikeluarkan, pasti berdetik rasa bimbang dan cemas menyelubungi hati setiap pelajar. Sebagai guru, saya juga merasakan sedemikian. Bimbang subjek yang diajar tidak mencapai sasaran yang dikehendaki. Apalagi kelompok pelajar yang diajar separuh bilangannya boleh dikatakan dibawah paras sebenar pelajar praU untuk subjek BM2. Setiap kali ujian/peperiksaan di sekolah, jawapan mereka cuma asal-asal saja, malah ada kalangan mereka yang membuat karangan setaraf PMR saja. Kaedah dan teknik telah didedahkan. Punca lemahnya karangan juga telah diterangkan, malah cara untuk mereka meningkatkan kualiti karangan juga turut diterangkan, namun, tetap sama hasilnya. Rupanya bukan untuk subjek saya sahaja yang begitu, guru/pensyarah yang lain juga bercerita perkara yang sama dan melibatkan pelajar yang hampir sama. Aduh! 

    Selasa, 13 Mac 2012

    Isnin, 12 Mac 2012

    Modul Latihan semasa cuti

    Alih bentuk bahasa petikan drama di bawah kepada bentuk prosa bahasa Melayu moden.

    Awang Samat      : Saya nak tahu, bukankah kau bersungguh-sungguh ingin mencari barang itu?

    Iskandar              : Nanti dululah, ada benda lain yang perlu dicari dahulu.

    Awang Samat     : Apa bendanya tu, Iskandar?

    Iskandar              : Sebenarnya Tok Ayah telah memberi gambaran tentang barang itu, tetapi ada   
                                  syarat yang perlu kita patuhi.

    Awang Samat     : Apa syaratnya?

    Iskandar              : Kita perlu mendapatkan tujuh jenis bunga yang mekar dalam hutan.

    Awang Samat     : Tujuh jenis bunga? Dalam hutan. Hutan mana?

    Iskandar              : Kata Tok Ayah, hutan sebelah matahari terbit.



    Nota: Jawapan modul ini hendaklah diserahkan kepada pensyarah masing-masing selepas cuti ini.

    Ahad, 12 Februari 2012

    MENJAWAB BAHASA MELAYU KERTAS 2 (910/10) STPM

    Perkongsian kali ini merupakan catatan ringkas yang saya buat semasa menghadiri satu sesi ceramah teknik menjawab Bahasa Melayu kertas 2.

    KARANGAN:

    Pendahuluan (3 markah) : peringkat kebangsaan pun susah dapat 3 markah.
    Isi (15 markah ) : sekurang-kurangnya 5 isi (3x5=15)
    Kesimpulan (3 markah) : pun susah mahu dapat 3 markah.

    Jumlah perkataan : ikut kehendak soalan. sekiranya panjang karangan yang dikehendaki 700 patah perkataan, maka perkataan yang ke 700 adalah perkataan terakhir.

    Pendahuluan: (3 markah)

    Pendahuluan boleh dimulakan dan diolah menggunakan pendekatan/jenis yang berikut:

    1. Definisi/konsep
    2. Petikan/ucapan tokoh
    3. Fakta (sumber buku/jurnal)
    4. Peribahasa/pantun
    5. kaitkan dengan pernyataan/kehendak soalan
    6. Situasi/gambaran peristiwa/berita
    kemudian disusuli dengan huraian/contoh dan sebaiknya diakhiri perenggan itu dengan kesimpulan kecil yang menunjukkan adanya kesinambungan dengan perenggan kedua (isi 1).

    Ahad, 15 Januari 2012

    TAKWIM KOKURIKULUM SMK PENGIRAN OMAR SIPITANG TAHUN 2012

    Takwim Kokurikulum SMKPO Tahun 2012

    Bil
    Tarikh
    Hari
    Nama Program / Aktiviti
    Catatan / Tindakan

    29.12.11
    KHAMIS
    MESYUARAT JK  KOKURIKULUM BIL 1. 2012
    PK Kokum, SU kokum



    BULAN JANUARI

    1

    11/14.01.12


    RABU

    Hari Kokurikulum
    Pk kokum
    SUKokum
    Penyelaras
    Guru Penasihat
    AJK Pelaksana
    2

    12.01.12


    KHAMIS

    Perjumpaan Khas 1M1S
    Pk kokum
    SUKokum
    Penyelaras Sukan
    Penyelaras Akt. ko sesi  ptg
    Guru Penasihat/Jurulatih
    3

    17.01.21

    SELASA

    Perjumpaan Kelab/Persatuan 1
    Penyelaras kelab/Persatuan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat
    4


    18.01.12



    RABU

    Mesy Pembentukan JK Merentas Desa/Sukantara (Larian SMPO)
    Pk Kokum
    SU Kokum
    SU Sukan Tahunan
    Ketua Rumah Sukan
    JK Sukan Tahunan

    Perjumpaan Unit-unit Beruniform 1
    Penyelaras Unit Beruniform
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat
    5
    19.01.12

    KHAMIS

    Aktiviti 1M1S -1
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    23-24.01.12
    ISNIN-SELASA
    CUTI TAHUN BARU CINA

    26-27 CUTI BERGANTI

    25.01.12
    RABU
    CUTI PERISTIWA

    6

    31.01.12

    SELASA

    Perjumpaan Kelab/Persatuan 2
    Penyelaras kelab/Persatuan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat



    BULAN FEBRUARI

    7

    01.02.12

    RABU

    Perjumpaan Unit-unit Beruniform 2
    Penyelaras Unit Beruniform
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat
    8

    02.02.12

    KHAMIS

    Aktiviti 1M1S -2
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    05.02.12
    AHAD
    MAULIDUR RASUL

    9



    08.02.12



    RABU

    Mesy JK Merentas Desa 1 (Larian SMPO)
    JK Sukan Tahunan
    JK Pelaksana
    Ketua Rumah Sukan
    Penyelaras Sukan Permainan

    Perjumpaan Kelab Sukan Permainan 1
    (Dilaksanakan pada hari Khamis)
    Penyelaras Sukan Permainan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih
    10

    09.02.12

    KHAMIS

    Aktiviti 1M1S -3(Gabung)
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih
    11

    14.02.12

    SELASA

    Perjumpaan Kelab/Persatuan 3
    Penyelaras kelab/Persatuan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat
    12

    15.02.12

    RABU

    Perjumpaan Unit-unit Beruniform 3
    Penyelaras Unit Beruniform
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat
    13

    16.02.12

    KHAMIS

    Aktiviti 1M1S -4
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih
    14

    18.02.12

    SABTU

    Kursus Pengurusan Kelab dan Persatuan
    SU Kokum
    Penyelaras Kelab Persatuan
    JK Pengelola
    Guru Penasihat
    15


    22.02.12


    RABU

    Mesy JK Merentas Desa 2 (Larian SMPO)

    JK Sukan Tahunan
    JK Pelaksana
    Ketua Rumah Sukan
    Penyelaras Sukan Permainan
    Perjumpaan kelab Sukan Permainan 2
    (Dilaksanakan pada hari Khamis)
    Penyelaras Sukan Permainan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih
    16

    23.02.12

    KHAMIS

    Aktiviti 1M1S -5(Gabung)
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih
    17


    28.02.12


    SELASA
    Serah Fail Pengerusi dan Setiausaha 1
    Ketua Penasihat
    Penyelaras

    Perjumpaan Kelab/Persatuan 4
    Penyelaras kelab/Persatuan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat
    18

    29.02.12

    RABU

    Perjumpaan Unit-unit Beruniform 4
    Penyelaras Unit Beruniform
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat



    BULAN MAC

    19

    01.03.12

    KHAMIS

    Aktiviti 1M1S -6
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih
    20

    02/03.03.12

    JUMAAT/ SABTU

    Larian SMPO 2012
    JK Sukan Tahunan
    JK Pelaksana
    Ketua/Guru Rumah Sukan
    Penyelaras Sukan Permainan
    21

    06.03.12

    SELASA

    Perjumpaan Kelab/Persatuan 5
    Penyelaras kelab/Persatuan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat
    22


    05-09.03.12


    5 HARI

    KEMASKINI DATA PENYERTAAN KOKUM
    Ketua Penasihat
    Penyelaras

    KEMASKINI DATA KOKUM SMM
    Guru Tingkatan
    Ketua Penasihat
    Penyelaras
    23

    07.03.12

    RABU

    Perjumpaan Unit-unit Beruniform 5
    Penyelaras Unit Beruniform
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat
    24

    08.03.12

    KHAMIS

    Aktiviti 1M1S -7
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    10-18.03.12

    CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 1
    9 HARI
    25

    20.03.12

    SELASA

    Perjumpaan Kelab/Persatuan 6
    Penyelaras kelab/Persatuan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat
    26



    21.03.12



    RABU

    Mesy JK Sukan Tara 1
    JK Sukan Tahunan
    JK Pelaksana
    Ketua Rumah Sukan
    Penyelaras Sukan Permainan

    Perjumpaan kelab Sukan Permainan 3
    (Dilaksanakan pada hari Khamis)
    Penyelaras Sukan Permainan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih
    27

    22.03.12

    KHAMIS

    Aktiviti 1M1S -8(Gabung)
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih
    28

    28.03.12

    RABU

    Perjumpaan Unit-unit Beruniform 6
    Penyelaras Unit Beruniform
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat
    29

    29.03.12

    KHAMIS

    Aktiviti 1M1S -9
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih



    BULAN APRIL


    30

    04.04.12

    RABU

    Perjumpaan Unit-unit Beruniform 7
    Penyelaras Unit Beruniform
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat

    31

    05.04.12

    KHAMIS

    Sukan Tara
    JK Sukan Tahunan
    JK Pelaksana
    Ketua/Guru Rumah Sukan
    Penyelaras Sukan Permainan

    06.04.12
    JUMAAT
    GOOD FRIDAY
    SABAH & SARAWAK

    32

    10.04.12

    SELASA

    Perjumpaan Kelab/Persatuan 7
    Penyelaras kelab/Persatuan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat

    33

    11.04.12

    RABU

    Perjumpaan kelab Sukan Permainan 4
    (Dilaksanakan pada hari Khamis)
    Penyelaras Sukan Permainan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    34

    12.04.12

    KHAMIS

    Aktiviti 1M1S -10(Gabung)
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    35

    18.04.12

    RABU

    Perjumpaan Unit-unit Beruniform 8
    Penyelaras Unit Beruniform
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat


    36


    9.04.12


    KHAMIS

    Mesy JK Kokurikulum 2
    Pk Kokum
    SU Kokum
    Penyelaras
    Ketua Penasihat
    Guru tingkatan

    Aktiviti 1M1S -11
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    37

    24.04.12

    SELASA

    Perjumpaan Kelab/Persatuan 8
    Penyelaras kelab/Persatuan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat


    38


    25.04.12


    RABU

    Mesy JK Kej Padang & Balapan Sekolah 1
    JK Sukan Tahunan
    JK Pelaksana
    Ketua Rumah Sukan
    Penyelaras Sukan Permainan
    Perjumpaan kelab Sukan Permainan 5
    (Dilaksanakan pada hari Khamis)
    Penyelaras Sukan Permainan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    39

    26.04.12

    KHAMIS

    Aktiviti 1M1S -12(Gabung)
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi pe
     Penasihat/ Jurulatih



    BULAN MEI


    01.05.12
    SELASA
    HARI PEKERJA
    CUTI UMUM



    40




    02.05.12



    RABU

    Mesyuarat JK Pertandingan kawad Kaki & Hari Koperasi dan Keusahawanan
    PK Kokum
    SU Kokum
    Penyelaras
    Pengurus Koperasi
    Ketua Penasihat

    Perjumpaan Unit-unit Beruniform 9
    Penyelaras Unit Beruniform
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat

    41

    03.05.12

    KHAMIS

    Aktiviti 1M1S -13
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    42

    07-11.05.12

    5 HARI

    Laporan Kokurikulum Semester 1
    Penyelaras
    Ketua Penasihat

    43

    08.05.12

    SELASA

    Perjumpaan Kelab/Persatuan 9
    Penyelaras kelab/Persatuan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat

    44

    09.05.12

    RABU
    Perjumpaan kelab Sukan Permainan 6
    (Dilaksanakan pada hari Khamis)
    Penyelaras Sukan Permainan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    45

    10.05.12

    KHAMIS

    Aktiviti 1M1S -14(Gabung)
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    46

    14.05.12


    Semakan Fail Pengerusi dan Setiausaha 2
    Ketua Penasihat
    Penyelaras


    47


    16.05.12


    RABU
    Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform/
    Perjumpaan Unit-unit Beruniform 10
    JK Pengelola
    Penyelaras Unit Beruniform
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat
    Hari Koperasi dan Keusahawanan
    Pengurus Koperasi
    Ketua Penasihat

    17.05.12
    KHAMIS
    HARI WESAK
    CUTI UMUM

    48

    19.05.12

    SABTU
    Kem Motivasi dan Integrasi Kokurikulum (Kelab/Persatuan)
    JK Pengelola
    Penyelaras Kelab Persatuan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat

    49

    23.05.12

    RABU
    Mesy JK Kej Padang & balapan Sekolah 2
    JK Sukan Tahunan
    JK Pelaksana
    Ketua Rumah Sukan
    Penyelaras Sukan Permainan

    Perjumpaan Unit-unit Beruniform 11
    Penyelaras Unit Beruniform
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat

    50

    24.05.12

    KHAMIS

    Aktiviti 1M1S -15
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih



    BULAN MEI/JUN



    26.05-10.06.12

    CUTI PERTENGAHAN TAHUN
    16 HARI
    30-31 MEI

    2 JUN
    PESTA KAAMATAN SABAH
    HARIJADI AGONG



    BULAN JUN



    52


    3.06.12


    RABU
    Saringan Kej Padang & Balapan (RS) 1
    JK Sukan Tahunan
    JK Pelaksana
    Ketua Rumah Sukan
    Penyelaras Sukan Permainan
    Perjumpaan Unit-unit Beruniform 12
    Penyelaras Unit Beruniform
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat


    53


    14.06.12


    KHAMIS
    Saringan Kej Padang & Balapan (RS)  2
    JK Sukan Tahunan
    JK Pelaksana
    Ketua Rumah Sukan
    Penyelaras Sukan Permainan

    Aktiviti 1M1S-16
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi petang
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    54

    20.06.12

    RABU
    Perjumpaan kelab Sukan Permainan 7
    (Dilaksanakan pada hari Khamis)
    Penyelaras Sukan Permainan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    55

    21.06.12

    KHAMIS

    Aktiviti 1M1S-17(Gabung)
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    56

    26.06.12

    SELASA

    Kej Padang&Balapan Sekolah  1
    JK Sukan Tahunan
    JK Pelaksana
    Ketua Rumah Sukan
    Penyelaras Sukan Permainan
    Ketua unit berkaitan
    57
    27.06.12
    RABU
    Kej Padang&Balapan Sekolah  2
    -sda-

    58

    28.06.12

    KHAMIS

    Majlis Penutupan  Kejohanan
    Semua terlibat



    BULAN JULAI



    59


    02-07.07.12

    ISNIN-KHAMIS


    Karnival Sukan Intergrasi Ko/1M1S (kelas)
    JK Pengelola
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Sukan Permaianan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih
    Guru Kelas

    60

    04.07.12

    RABU

    Perjumpaan Unit-unit Beruniform 13
    Penyelaras Unit Beruniform
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat

    61

    05.07.12

    KHAMIS

    Aktiviti 1M1S-18
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    62

    10.07.12

    SELASA

    Perjumpaan Kelab/Persatuan 10
    Penyelaras kelab/Persatuan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat

    63

    11.07.12

    RABU

    Perjumpaan kelab Sukan Permainan 8
    (Dilaksanakan pada hari Khamis)
    Penyelaras Sukan Permainan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    64

    12.07.12

    KHAMIS

    Aktiviti 1M1S-19(Gabung)
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    65

    13-15.07.12

    JUMAAT-
    AHAD

    PERKHEMAHAN PERDANA 2012
    JK Pengelola
    Penyelaras Unit Beruniform
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/Pengiring

    66

    18.07.12

    RABU

    Perjumpaan Unit-unit Beruniform 14
    Penyelaras Unit Beruniform
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat

    19.07-20.08.12

    AKTIVITI KOKUM DITANGGUHKAN SEMPENA BULAN RAMADHAM




    BULAN OGOS


    68

    08-09.08.12
    RABU/ KHAMIS
    Serah Fail Pengerusi dan Setiausaha 2
    Ketua Penasihat
    Penyelaras

    18-26.08.12
    19-20.08.12


    CUTI PERTENGAHAN PENGGAL 2
    9 HARI
    HARI RAYA AIDILFITRI

    69

    29.08.12

    RABU
    Perjumpaan Unit-unit Beruniform 15
    Penyelaras Unit Beruniform
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat

    70

    30.08.12

    KHAMIS
    Aktiviti 1M1S-20
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    31.08.12
    SABTU
    HARI KEMERDEKAAN




    BULAN SEPTEMBER


    71

    03.09.12


    Laporan Kokurikulum Semester 2
    Ketua Penasihat
    Penyelaras
    SU Kokum

    72
    03.09. –14.09.12

    10 HARI
    Penilaian Kokurikulum -Guru Penasihat (semakan markah/t.tangan)
    Ketua/Guru penasihat

    73

    04.09.12

    SELASA

    Perjumpaan Kelab/Persatuan 11
    Penyelaras kelab/Persatuan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat


    74

    05.09.12


    RABU
    Mesyuarat JK Pertandingan Sukan Permainan antara rumah sukan.
    JK Pengelola
    Guru Penasihat
    Perjumpaan kelab Sukan Permainan 9 (Dilaksanakan pada hari Khamis)
    Penyelaras Sukan Permainan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    75

    06.09.12

    KHAMIS

    Aktiviti 1M1S-21(Gabung)
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    76

    12.09.12

    RABU

    Perjumpaan Unit-unit Beruniform 16
    Penyelaras Unit Beruniform
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat

    77

    13.09.12

    KHAMIS

    Aktiviti 1M1S-22
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    78
    14-15.09.12
    JUMAAT- SABTU
    PERTANDINGAN SUKAN PERMAINAN ANTARA RUMAH SUKAN
    JK Pengelola
    Guru Penasihat

    16.09.12
    AHAD
    HARI MALAYSIA


    17.09.12
    ISNIN
    CUTI GANTI


    79

    18.09.12

    SELASA

    Perjumpaan Kelab/Persatuan 12
    Penyelaras kelab/Persatuan
    Penyelaras Akt. Ko  sesi ptg
    Guru Penasihat

    80
    19.09.12

    RABU
    Perjumpaan kelab Sukan Permainan 10
    (Dilaksanakan pada hari Khamis)
    Penyelaras Sukan Permainan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih
    81
    19.09.12

    Serah Fail Pengerusi dan Setiausaha 3

    82
    18.09.– 28.09.12

    Penilaian Markah Kokurikulum-
    Guru Tingkatan
    Guru Tingkatan
    Guru Penasihat

    83

    20.09.12

    KHAMIS

    Aktiviti 1M1S-23(Gabung)
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    84

    26.09.12

    RABU

    Perjumpaan Unit-unit Beruniform 17
    Penyelaras Unit Beruniform
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat

    85

    27.09.12

    KHAMIS

    Aktiviti 1M1S-24
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih



    BULAN OKTOBER


    01.10.12
    ISNIN
    HARI LAHIR TYT SABAH


    86


    Pemilihan Pemain Pasukan Sekolah
    SELEPAS PMR
    Jurulatih Pasukan sekolah
    Penyelaras
    Program TID
    Latihan Pra Musim

    87

    03.10.12

    RABU
    Perjumpaan kelab Sukan Permainan 11
    (Dilaksanakan pada hari Khamis)
    Penyelaras Sukan Permainan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    88

    04.10.12

    KHAMIS

    Aktiviti 1M1S-25 (Gabung)
    Penyelaras Sukan 1M1S
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    89

    10.10.12

    RABU

    Perjumpaan Unit-unit Beruniform 18
    Penyelaras Unit Beruniform
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat

    90

    11.10.12

    KHAMIS

    Perjumpaan Kelab Sukan Permainan 12
    Penyelaras Sukan Permainan
    Penyelaras Akt. Ko sesi ptg
    Guru Penasihat/ Jurulatih

    91

    12.10.12

    Penyerahan Borang Pemantauan Prestasi/Borang Kehadiran Ahli/Perancangan 2012/Senarai Aktiviti 2012 /Penyerahan Markah kokurikulum
    SU Kokum
    Ketua penasihat
    Penyelaras



    PENGUMPULAN MARKAH KOKUM DAN LAPORAN AKTIVITI KOKUM
    PK KOKUM, SU KOKUM

    26.10.12
    JUMAAT
    HARI RAYA KORBAN




    BULAN NOVEMBER

    92


    Mesyuarat Akhir Tahun kokurikulum


    93


    Mesyuarat Pengurusan Perancangan Kokurikulum  Tahun 2013


    94


    Mesyuarat Akhir Tahun Unit Kokurikulum
    Tarikh disesuaikan

    95


    Mesyuarat Antara Rumah Sukan sesi tahun 2013

    96


    Mesyuarat AJK Sukan Sekolah sesi tahun 2013


    10.11.12 01.01.13


    CUTI AKHIR TAHUN

    53 HARI






               Takwim ini adalah tertakluk kepada perubahan semasa.

               DiSediakan Oleh:                                                              Disemak dan Disahkan Oleh:


               Penolong Kanan Kokurikulum                                      Pengetua
              SMK Pengiran Omar                                                       SMK Pengiran Omar
              Sipitang.                                                                            Sipitang.